HOT!!! SKANDAL BALAK PAS vs SUZANNA PART 2
Salam buat semua....
JIKA
BERANI SILA DATO’ MUSTAFA ALI SETIAUSAHA AGUNG PAS NAFIKAN...INILAH
SALAH SATU SKANDAL BALAK YANG PALING GLAMOUR DI MASA PAS MEMERINTAH
TERENGGANU KERANA MELIBATKAN SEORANG GADIS YANG JADI DENAK KEPADA KRONI
PEMIMPIN PAS...
Suzana binti Embong.....yang memiliki syarikat
Berkat Timber Trading telah mendapat kawasan BALAK TANPA TENDER dari
Kerajaan Pas Terengganu.
Haji Hadi yang merupakan Menteri Besar dan
Pengerusi Yayasan Terengganu ketika itu cuba BERBOHONG dengan mengatakan
pemberian kawasan balak kepada Suzana Embong oleh Yayasan Terengganu
adalah mengikut tender dan gadis berkenaan waktu itu menawarkan harga
paling tinggi.
“Kerajaan Pas lebih mementingkan nilai tender yang tinggi.....” katanya kepada wartawan.
Tetapi hakikat sebenarnya diberitahu oleh sumber dalaman Yayasan
Terengganu sendiri kawasan balak di Merang Setiu yang diberikan kepada
Suzana diberi tanpa tender, kononnya atas dasar pelaburan.
Sedangkan
kata sumber dalam itu, istilah pelaburan tidak pernah wujud dalam
peraturan kewangan Yayasan Terengganu kerana peraturan yang sebenar
menyebut mana-mana tawaran yang melebihi RM200 ribu hendaklah melalui
proses tender terbuka.
Tetapi Exco Kanan waktu itu Dato’ Mustaffa
Ali (Setiausaha Agung Pas sekarang) yang menjadi Pengerusi Pelaburan
Yayasan Terengganu telah menggunakan kuasa vetonya memberikan kawasan
itu kepada Suzana.
Suzana sebenarnya merupakan gadis pekerja
syraikat milik Cina yang diperalatkan oleh Cina
Wakaf Tapai itu yang merupakan kroni Mustaffa Ali.
Wakaf Tapai adalah terletak dalam kawasan yang diwakili Mustafa Ali waktu itu iaitu Dun Pengkalan Berangan.
Haji Hadi sememang tunduk kepada Mustaffa Ali kerana walaupun Haji
Menteri Besar, tetapi semua orang tahu yang melaksanakan peranan
kerajaan negeri adalah Dato’ Mustaffa Ali.
terima kasih : SINI
No comments:
Post a Comment