Wednesday, 20 February 2013

GILA!!!! STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH LAGI


Kuala Terengganu : Heboh dimainkan oleh pengamal media maya bahawa Stadium Sultan Mizan runtuh buat kali kedua. Penulis dengan segera ke tempat kejadian bagi menghubungi beberapa pekerja di sana untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang kejadian yang berlaku.
 
Apa yang melucukan adalah setibanya penulis di sana, khabar angin yang disebarkan adalah tidak tepat sama sekali.


Ini kerana Pihak JKR dan kontraktor yang tebabit sedang dalam proses untuk memotong dan membuang besi kerangka bumbung yang terdapat pada bangunan stadium di sebelah selatan, di mana proses ini telah bermula sejak bulan lepas.




Proses ini dilakukan bagi menggantikan bumbung yang lebih sesuai bagi stadium tersebut mengikut keadaan tempat dan cuaca di sini atau dalam erti kata lain, bumbung berkenaan ‘memang perlu dirobohkan’ kerana ianya merupakan salah satu proses dalam penggantian bumbung baru.


Diharap pihak yang menyebar khabar angin dan gambar-gambar proses pembinaan semula terutama dari pembangkang, tidak menjadikan perkara sebagai satu isu dalam menunjukkan kecuaian mana-mana pihak dan mengambil kesempatan di atas perkara tersebut.


Secara peribadi, penulis melihat perbuatan menyebar fitnah seperti ini menunjukkan kedangkalan tahap pemikiran politik pembangkang.

baca seterusnya di : sini

3 comments:

  1. btul ke nie?? sy bru 5 mnit lepas dengar dari suria fm berita stadium sultan mizan runtuh pd jam 11:30 pg tadi,katanya 3 orang pekerja tercedera..
    mana satu yg btul??

    ReplyDelete
  2. kite dengar dari dua dua belah pihak lak..
    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/02/bumbung-stadium-sultan-mizan-runtuh-lagi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FJCFa+(Anak+Sungai+Derhaka)

    ReplyDelete
  3. tahu nye..nok cover line BN pun agak2 la..sah2 ada gambo org injured..pastu saing kt spital pun kata admitted mangsanya...x baik cakap nipu..mung ni x takut neraka ke???

    ReplyDelete