Saturday, 9 February 2013

UMNO ADALAH NIKMAT ALLAH PALING BESAR SELEPAS ISLAM & IMAN

Salam buat semua...

Malam tadi Angin sempat menjengah ceramah perdana oleh Datuk Mustapha Bin Taib. Pada Angin butir-butir ceramah sangat berbeza, disamping menegur PAS yang semakin jauh tersesat, beliau juga mengharapkan ahli-ahli UMNO sedar bahawa nikmat ALLAH yang memberikan mereka nikmat yang tidak pernah disedari iaitu sebagai AHLI UMNO.

Katanya sesungguhnya terlalu banyak nikmat ALLAH yang dikurniakan kepada manusia, nikmat paling utama adalah agama ISLAM & IMAN. Islam yang menjanjikan syurga kepada hamba ALLAH yang mentaatinya. Dunia tidak akan ada lagi sekiranya ISLAM telah tiada di dunia ini. Katanya, sesungguhnya  jika ISLAM telah luput, bagi ALLAH ianya tidak sama walaupun dengan sebelah sayap nyamuk.

Selepas nikmat ISLAM yang dikurniakan secara keseluruhan, seluruh bangsa melayu di sini adalah ISLAM. Mengambil contoh bangsa Mesir, Pakistan dan lain lain, tidak semua bangsa mereka beragama ISLAM. 

Nikmat kedua yang dikurniakan kepada ummat ISLAM di Malaysia ialah UMNO. UMNO tertubuh setelah negara ini dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali kepada Inggeris. Selepas kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, Inggeris ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai  tanah jajahan selamanya melalui gagasan Malayan Union. Namun umat ISLAM ketika itu telah bersatu menentangnya demi mempertahankan Agama, Raja-Raja Melayu , Bangsa dan seterusnya demi tanah melayu yang berdaulat.  Katanya kerana itu ALLAH memakbulkan doa ummat ISLAM ketika itu sehingga Inggeris keluar dari Tanah Melayu pada tahun 1948.  Segalanya dikurniakan ALLAH melalui UMNO.

Kemudian setelah berjaya mengusir Inggeris dari negara ini, UMNO telah berjuang sehingga menikmati NIKMAT ke 3 iaitu MERDEKA pada 31 Ogos 1957. Merdeka bukan semata-mata bermaksud negara ini terlepas dari dijajah dan boleh di perintah sendiri tetapi sebaliknya merdeka juga bermakna seluruh ummat ISLAM di sini terlepas dari DOSA YANG AMAT BESAR.

Negara ini adalah negara yang majoriti rakyatnya beragama ISLAM. Jika negara ini diperiintah oleh orang kafir, maka Allah tidak akan meredhainya, jadi semua ummat ISLAM di dalamnya akan sentiasa berada di dalam berdosa. Namun ALLAH melepaskan ummat ISLAM di negara ini dari dosa sesama manusia. Segalanya ini adalah  nikmat ALLAH yang diberikan melalui UMNO.

ANGIN : Mungkin selama ini pejuang UMNO tidak pernah menyedari akan ke dua-dua nikmat yang diberikan ALLAH kepada seluruh ummat ISLAM di Malaysia ini tak kira orang UMNO atau orang PAS. Mungkin kerana tidak menyedari akan nikmat ini maka ada diantara kita yang mengkufurinya. Marilah sama-sama kita fikirkan...

No comments:

Post a Comment