Tuesday, 12 February 2013

JANGAN BUTA SEJARAH

Salam buat semua....

  
Rakyat di Terengganu pernah terpengaruh dengan slogan- ‘acu ubah sekali’hingga akhirnya Terengganu diberikan kepada Pas dan kerana sangkakan Pas bawa perubahan itu lebih baik.
Tetapi dengan sekelip mata dalam PRU 10, Terengganu hancur lebuh dari sebuah negeri yang harmoni dan aman-makmur menjadi kucar-kacir pada malam bertukar kerajaan itu juga.
Pas dan pembangkang yang tiba-tiba ditakdirkan menjadi kerajaan dengan budaya samsengnya terus mengadakan huru-hara dengan perarakan kemenangan di jalan-jalan raya dan Wisma Darul Iman ditawan dengan rakusnya.
Kereta-kereta bekas Exco Kerajaan yang dirampas di jalanan dengan kasar dan kerasnya, hingga ada wakil rakyat yang terpaksa berjalan kaki dan cari teksi . 
Dendam kesumat puak-puak Pas ini amat hebat, lupa segala ajaran murni agama Islam yang dilaungkan.
Segala itu tidak pernah dilupakan rakyat Terengganu.
Mereka sangkakan hukum hudud dan pentadbiran menurut perlembagaan Islam dijalankan, tetapi akhirnya hampa bila mana Menteri Besar, Haji Hadi Awang hanya mampu berkata, hudud hanyalah 0.0001 dari perundangan Islam.
Beliau berkata demikian ketika berdialog dengan pegawai dan kakitangan kerajaan tidak berapa selepas Pas menjadi kerajaan

No comments:

Post a Comment