Monday, 26 August 2013

MUSYAWARAH ELAK RAMAI BERTANDING - TIMBALAN PRESIDEN UMNO



Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan supaya bakal calon pada pemilihan peringkat bahagian mengadakan musyawarah bagi mengelak terlalu ramai calon bertanding.

Menurutnya, kaedah musyawarah dapat mewujudkan kesatuan pemikiran untuk mencapai keputusan individu mana yang benar-benar sesuai untuk menawarkan diri pada pemilihan sejajar dengan proses transformasi parti.

Beliau menegaskan cadangan itu tidak bermaksud beliau ingin menganggu proses demokrasi dalam parti tetapi melihat ada kaedah yang boleh dilakukan bagi memilih pemimpin.

"Saya faham tak semudah seperti yang saya cadangkan tetapi langkah itu jika diambil boleh mencapai matlamat memilih pemimpin paling baik, layak, berakhlak tinggi dan dihormati," katanya pada sidang media selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti, di sini Sabtu.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata proses pemilihan parti kini boleh dilakukan melalui proses pendaftaran dan siapa sahaja boleh mendaftar untuk menawarkan diri bagi jawatan tertentu dan bukan lagi melalui kaedah pencalonan seperti sebelum ini.

Beliau berkata pemilihan Umno sentiasa menjadi fokus rakyat bukan sahaja di kalangan anggota parti tetapi juga di kalangan bukan Melayu.

Menurutnya, penduduk bukan Melayu di negara ini juga mahu Umno terus kuat kerana parti itu menjadi tunjang kepada kekuatan Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada parti komponen berbilang kaum.

Muhyiddin berkata cadangan itu bukan ditujukan kepada mana-mana individu yang telah menawarkan diri termasuk orang-orang lama dalam parti untuk bertanding tetapi ia bersifat umum.

"Saya tak sekat atau halang.

Kita (perlu) lihat lebih jauh. Kita berhadapan dengan keadaan zaman yang mencabar yang menuntut pengorbanan besar untuk lihat proses pembaharuan dalam parti," katanya.

Katanya kalau ada pemimpin muda yang boleh diketengahkan, perkara itu perlu dilakukan kerana pengundi juga ingin melihat satu tenaga baharu.

Katanya, pemimpin lama juga perlu bermuhasabah kerana apabila tiba waktunya, mereka perlu memikirkan tentang masa depan parti dan bukan masa depan peribadi mereka.

"Orang lama jangan anggap saya tak hargai sumbangan mereka.

Mereka tetap ada peranan termasuk melalui Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia) dan menjadi penasihat kepada mana peringkat sekali pun.

Saya pun akan sampai ke situ juga," katanya.

Beliau berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah menyusun lapis kepimpinan baharu yang bertenaga dan berupaya memimpin parti di peringkat nasional.

"Dalam situasi yang mencabar sebelum menghadapi pilihan raya umum ke 14, proses pemilihan perlu dilaksanakan secara berkesan dan menyerlah," katanya.

Sebelum itu Muhyiddin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman menyertai ribuan penduduk menghadiri majlis rumah terbuka itu.

Turut hadir Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Menteri Besar Perlis Azlan Man.

-- BERNAMA

Sunday, 25 August 2013

PEMILIHAN UMNO : KUALA TERENGGANU MAHUKAN TRASFORMASI???



Salam....

Di mana-mana pun ketika ini sedang rancak berlangsung Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan sayap-sayap. Begitu juga di Kuala Terengganu.

Angin bertiup di sebahagian tempat persidangan berlangsung. Seronok melihat kesungguhan ahli UMNO bekerja mengumpulkan ahli supaya hadir ke persidangan. Malah ada beberapa tempat yang Angin menggeleng kepala sebab jika thaun-tahun lepas nak ajak 10 orang bersidang pun payah tapi untuk kali ini belum jam 8.30 malam kawasan persidangan dah penuh. 

Hebat betul orang UMNO bila musim pemilihan mengalahkan piliharaya umum. Alangkah bagusnya cara kerja pemilihan ini diaplikasikan dalam pilihanraya umum. Konfirm Kuala Terengganu tak kena 0 - 5.

Malah jika rumput dihadapan rumah ahli boleh bercakap, mungkin dua tiga hari lepas rumput-rumput ini dah menjerit, "Woi!!! sudah-sudahlah pijak aku...sampai lonyeng (hancur berkecai) tubuh badan aku".

Begitulah hebatnya pemilihan umno di Kuala Terengganu.

Ada beberapa perkara menarik yang berlaku di sini. Mungkin ianya adalah satu kebaikan untuk ahli bagi mengatur persediaan menghadapi pilihanraya akan datang. 

Angin dapat merasakan transformasi telah bermula  di sini. Ramai muka baru muncul mencabar orang-orang lama dan mereka menang. Mereka masih muda dan berwibawa. Mungkin inilah yang dikatakan kuasa orang muda.

Sebagai contoh di UMNO Cawangan Kubang Ikan, Gong Tok Nasek dalam Dun Batu Buruk, orang muda mengalahkan bekas ketua cawangan. Rata-rata yang hadir persidangan ialah anak muda. Jika sebelum ini nak ajak orang muda pergi persidangan pun payah tapi kali ini mereka berpusu-pusu datang ke tempat persidangan. Mungkin mereka mahukan pembaharuan. Mungkin juga mereka sudah serabut dengan cara lama pemimpin mereka yang terdahulu.

Bagi peringkat bahagian pula, yang menawarkan diri rata-rata adalah orang muda.

Datuk Mohd Sabri Alwi, Timbalan Ketua UMNO Bahagian menawarkan diri untuk mengisi kekosongan jawatan ketua yang mana penyandangnya iaitu Dato' Wan Ahmad Farid telah menyatakan untuk tidak mempertahankan jawatan tersebut.


 Datuk Mohd Sabri Alwi atau Mat Kerok seorang yang masih muda dan digelar sebagai pemimpin akar umbi. Beliau akan di cabar oleh YB Cikgu Zubir Embong Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu dan seorang kontraktor yang Angin sendiri pun masih belum kenal.

Untuk jawatan Timbalan Ketua pula, beberapa nama disebut akan menawarkan diri iaitu Dato' Wan Hisham yang kini Naib Ketua, Encik Wan Kamal Wan Ismail (kini AJK Bahagian) dan Datuk Ibrahim Mohammad (kini AJK Umno Bahagian).

Bagi mengisi kekosongan Naib Ketua, nama-nama seperti Encik Badrol Hisham Zaki, Pegawai Khas MB, Encik Asmadi Awang (AJK Bahagian), Encik Wan Mahyuddin Wan Ngah (Ajk Bahagian), Encik Latif Ibrahim (AJK Bahagian) disebut-sebut menawarkan diri untuk bertanding.

Yang lebih hebat  adalah jawatan Ketua Wanita yang khabarkan dikosongkan oleh penyandang sekarang iaitu Puan Hajjah Jannah Zaleha Binti Nik. Nama-nama seperti Puan Nordiana Dato Shafie, Puan Rozalina Binti Mokhtar adalah orang muda yang menawarkan diri untuk bertanding.

Bagi pemuda pula, Saudara Mohd Fadzlong Yusof yang kini menyandang PSU, khabarnya akan ditentang oleh 2 calon lain. Puteri juga akan ada pertandingan.

Wah..... hebat sungguh!!!! Semua jawatan mungkin ada pertandingan. Mungkin kini masing-masing sedang mengatur stratergi, semua sedang berkira-kira untuk mengumpul jentera masing-masing. 

Apa yang Angin harapkan semoga semua yang menawarkan diri akan bertanding dengan berhemah dan baik. Jangan menerjah peribadi lawan. Angin tidak mahu pertandingan ini akan memulakan bibit perpecahan dan dendam yang akan di bawa sehingga ke PRU 14 nanti.

Parti lawan sedang memerhati dan mereka akan bertepuk tangan jika ada kesilapan walaupun kecil kerana mereka boleh menjadikan kesilapan kecik itu menjadi sebesar dan setinggi gunung everest.

Harapan Angin orang-orang muda yang memenangi pertandingan nanti akan membawa UMNO Kuala Terengganu ke arah lebih cemerlang dan mampu melakukan sesuatu untuk PRU14.


Saturday, 24 August 2013

AnginLautChinaSelatan Kembali Bertiup : Perjalanan Harus Diteruskan

 
Salam buat semua pembaca AnginLautChinaSelatan.

Bukan kerana kesedihan atau kekecewaan  menyebabkan angin berhenti seketika dari bertiup. Jika boleh Angin ingin terus bertiup membawa cerita benar demi agama, bangsa dan negara.....

Ish!!! Jiwang plok dohs.....

Okaylah...hari ini Angin nak cerita tentang sati program yang kini sedang diperkatakan di Terengganu. Program yang pada asalnya Angin sendiri tertanya "perlu ke???" tapi kini Angin nak sokong 100%....

Walaupun nama program tu Walk4Malaysia mendapat kutukan beberapa facebooker yang datang entah dari ceruk mana tapi pada Angin apa ada pada nama. Yang penting ialah pengisianya....

Khabarnya walk4malaysia akan membawa beberapa mesej penting kepada rakyat Malaysia. Walk4Malaysia merupakan manifestasi rasa syukur pada ALLAH yang mengurniakan sebuah negara yang aman damai kepada hambaNya. Juga membawa harapan agar keamanan ini dapat dikekalkan dan dibajai agar iannya terus menerus menjadi legasi untuk ditinggalkan kepada anak cucu.

Walk4Malaysia juga adalah satu program untuk memberi peluang kepada rakyat menyatakan rasa terima kasih kepada kerajaan Terengganu dan Kerajaan pusat yang sentiasa mendahulukan rkyat dalam segala hal.

Peserta Walk4Malaysia khabarnya akan melalui beberapa buah negeri iaitu Terenggnau, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putra Jaya.

Mereka akan berjalan berteruskan selama 16 hari dan berhenti di perhentian-perhentian tertentu. (Insyaallah Angin akan dapatkan Peta Keseluruhan nanti.....) Berita yang Angin dapat, mereka akan melalui jalan-jalan tertentu merentasi seluruh negei Terengganu.

Yang lebih menarik mereka akan membawa tabung kemanusian yang diberi nama Tabung Kemanusian Muslim Unity untuk membantu umat islam yang negara mereka sedang bergolak seperti Syria, Mesir, Palestin  dan lain-lain. Mungkin ada pameran gambar-gambar mangsa keganasan dibuat untuk menyedarkan rakyat negara ini khusunya Terengganu akan nasib malang yang mungkin menimpa jika kita terleka.

Sememangnya rakyat negara ini perlu sedar bahawa keamanan yang dikecapi kini bukan datang bergolek. Ianya adalah titik peluh pemimpin terdahulu yang berjuang mendapatkannya. Kita pastinya tidak mahu negara berdaulat ini menjadi seperti Palestin, Syria atau Mesir yang kacau bilau bertahun-tahun kerana kerakusan manusia.

Terkadang kita terlalu selesa dengan apa yang kita nikmati sekarang sehingga kita lupa segalanya mungkin terjadi. Apalagi dalam keadaan sekarang, mungkin ada yang iri dengan apa yang dinikmati di Malaysia. Bangsa Melayu yang dahulunya tidak dipandang, kini boleh berbangga dengan kemajuan negaranya.

Cuma masih ada yang memandang sinis dengan usaha walk4malaysia. Cuba kita berfikiran lebih besar dan lebih terbuka untuk bersama menjayakan program ini.

Angin doakan semoga program Walk4Malaysia mendapat kejayaan. Dan insyaallah Angin akan update program ini dari masa kesemasa...



 


Thursday, 1 August 2013

UPDATE: PERKEMBANGAN KEMATIAN CHUA BOON HUAT ATLET HOKI NEGARA



Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya, 2.25 pagi tadi.

Beliau berusia 33 tahun.  Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Huat antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. Beliau kembali dari persaraan demi membantu pasukan hoki dan membimbing pemain muda.

Boon Huat merupakan pemain yang telah banyak menyumbang jasa kepada negara dalam pelbagai pertandingan hoki dan antara pemain paling lama berkhidmat dalam pasukan kebangsaan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

PANAZ!!!! SAYA CINTAKAN BARISAN NASIONAL KERANA........


Kecintaan bakal jaguh Walk For BN Mohd Noor Mat terhadap Umno dan Barisan Nasional (BN) kerana menyedari Pas sudah tersasar jauh dalam perjuangannya.
Menurut Mohd Noor, suatu ketika dulu dia pernah bersama dengan parti Pas, malah menjadi pengikut yang tegar yang turut berpegang kepada Amanat Haji Hadi yang mengkafirkan orang Umno.
“Saya dulu tidak makan sembelihan orang Umno kerana berpegang teguh kepada Amanat Hadi itu yang melibatkan soal terbatalnya aqidah orang Umno berdasarkan amanat itu,” katanya kepada penulis.
Beliau terpengaruh dengan sebahagian ahli keluarganya yang juga pada masa itu amat berpegang teguh kepada amanat tersebut.
“Tetapi selepas itu, apabila Pas berpakat dengan DAP dan mula banyak meninggalkan dasar perjuangan asal, saya pun sudah tidak percayakan parti itu lagi yang kononnya berpegang kepada ajaran agama tetapi sudah mula melanggar apa yang dijadikan asas perjuangan selama ini,” ujarnya.
Mohd Noor sempat kembali semula kepada Umno dan BN setelah menyedari bahawa perjuangan Pas hanyalah memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik.
Justeru itu, kasih sayang beliau terhadap Umno dan BN amat mendalam kerana pengalaman yang telah banyak mengajarnya itu.
Sebab itulah beliau sanggup untuk melakukan keajaiban demi untuk memperlihatkan kehebatan BN.
“Apalah sangat sumbangan saya ini kalau hendak dibandingkan dengan jasa dan sumbangan Umno dan BN kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Sama-samalah kita berdoa agar Mohd Noor diberikan kesihatan yang baik untuk menjayakan Walk For BN, dari Kuala Besut ke Kuala Lumpu

PENGUNDI KUALA BESUT ANGGAP MURSYIDUL AM PAS LUPA KETENTUAN ALLAH



Perbuatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghina pengundi Kuala Besut sebagai lalai dan mengenepikan agama kerana memilih calon Barisan Nasional (BN) baru-baru ini adalah terlalu biadab.

 Beberapa pengundi ditemui, meminta supaya Datuk Nik Aziz menarik balik kata-katanya yang celupar itu, apatah lagi turut pula menghina golongan nelayan yang memilih BN dengan mengaitkan dengan habuan wang.

Pengundi wanita, Maznah binti Daud berkata, perkataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari seorang yang disanjung oleh orang Pas sebagai ulamak dan berpengetahuan agama.

Beliau meminta supaya Nik Aziz menarik balik kata-kata yang menghina penduduk dan pengundi dalam Kuala Besut sebagaimana yang ditulis dalam Facebook Nik Aziz 26 Julai dan disiarkan oleh beberapa akhbar tempatan. Tajuk tulisan Nik Aziz ialah Kuala Besut, Kuala Ujian.

  Nik Aziz dalam kenyataan itu menyifatkan penduduk Kuala Besut lalai apabila memilih BN dalam pilihanraya kecil baru lalu. Nik Aziz berkata, kehidupan rakyat Kuala Besut yang mencari pendapatan sebagai nelayan sukar membuat pilihan terutama demi kepentingan agama.

 Nelayan beri peluang cerah BN tabur projek dan habuan wang ringgit, kata Nik Aziz mengulas kemenangan BN dalam PRK Kuala Besut.

 Penyakit ghaplah atau lalai merajai penduduk Kuala Besut, kata Nik Aziz dalam FBnya.
  Seorang lagi pengundi, Kamarul Izwan bin Md Kamaruzzaman menyifatkan Nik Aziz sebagai orang Islam yang tidak redha dengan ketentuan Allah yang sepatutnya tidak berlaku kepada seorang yang berpelajaran agama seperti bekas Menteri Besar Kelantan itu.

 "Walaupun nelayan, ia tidak sepatut dihina dan dipandang rendah sebegitu rupa oleh Nik Aziz kerana nelayan juga manusia yang berjasa dan berperanan kepada masyarakat dan negara," katanya.

  Saiful Nizan Mohd Sabri, pengundi di pekan Kuala Besut meminta Nik Aziz memohon maaf secara terbuka di atas kenyataan yang menghina penduduk Kuala Besut itu.

“Yang banyak tabur habuan wang ringgit, merasuahkan pengundi ialah Pas sendiri,” katanya yang menolak dakwaan Nik Aziz bahawa pengundi ditabur habuan wang ringgit menyebabkan mereka sokong BN di Kuala Besut baru lalu.

Monday, 29 July 2013

#PRK KUALA BESUT : KE MANA MENGHILANGNYA CHE SELEPAS KALAH???

Sebaik sahaja mengetahui kekalahannya, Che Long @ Yusof calon Pas Dun Kuala Besut bagi PRK  telah menghilangkan diri entah ke mana.
 
Beliau tidak hadir semasa proses pengumuman keputusan dibuat hanya calon BN, Tengku Zaihan Che Abdul Rahman yang ada dan membuat pengesahan ke atas kertas keputusan yang dikeluarkan oleh SPR.
 
Pengumuman keputusan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya, A.Rahim Jusoh yang juga Pegawai Daerah Besut di Dewan Gong Kemuntong Besut yang dihadiri sama oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin.
 
Ketidakhadiran calon Pas dan para penyokong itu membuktikan mereka tidak dapat menerima keputusan kalah kerana terlalu taksub untuk menang bagi menjadikan kerusi Dun Terengganu 16- 16.
 
Pada peringkat awal, hasil siasatan pihak keselamatan mendapati, Pas sudah bersedia untuk berarak dan berkumpul di Wisma Darul Iman, jika mereka menang dalam PRK itu  menjadikan kedudukan BN dan Pas seri 16-16.
 
Bagi mereka yang taksub itu kedudukan seri itu bermakna sama sama berkuasa ke atas Wisma Darul Iman dan pentadbiran negeri kerana itu yang diterangkan kepada mereka.
 
Sumber memberitahu, Che Long kemungkinan ada di Kota Bharu di pejabat miliknya di sana.

#ANEH : MENGUTIP MAYAT RUTIN HARIAN WEI


Percaya atau tidak mencari mayat telah menjadi rutin harian seorang lelaki bernama Wei Xinpeng. Dia telah bertahun-tahun melakukan pekerjaan tersebut dengan tekun meskipun kedengaran sangat aneh.

Wei Xinpeng, lelaki separuh umur yang biasa memburu mayat di Sungai Kuning. Wei, seperti diungkapkan oleh portal berita BBC, kerap memulakan aktivitinya dengan melepak sambil merokok di tepi sungai kuning. Matanya tetap tajam mengamati aliran Sungai Kuning yang keruh. Dia yakin, sungai itu pasti selalu menyimpan mayat manusia, entah korban kecelakaan, dibunuh, atau pun bunuh diri.

 

Lelaki berusia 55 tahun itu seperti telah hafal betul aliran sungai Kuning, dan dia faham dengan melihat ke mana arus membawa mayat-mayat yang tenggelam di sungai itu. Biasanya, Wei mendayung perahunya ke satu jambatan kecil di hilir. Di sana, biasanya mayat tersangkut di celah besi jambatan. Dalam tujuh tahun terakhir, mencari mayat kini adalah kegiatan rutin Wei. Dia menjual penemuannya (mayat) itu ke ahli keluarga mangsa. “Saya memberi penghargaan kepada si mayat,” ujarnya seperti dilansir BBC.

Wei mengaku telah mengumpulkan lebih 500 mayat dari dasar sungai. “Orang-orang ini mati dengan cara menyedihkan,” ujar Wei. Dia mengumpulkan mayat penemuannya itu di satu teluk kecil yang tidak dibawa arus. Mayat-mayat beragam bentuk itu dikumpulkan di sana. BBC melaporkan, di teluk kecil itu ada empat mayat yang tubuhnya telah kaku, dengan kepala tertelungkup ke bawah. Setiap kali berhasil menangguk mayat, Dia menyebut ciri fisikal mayat itu, sehingga ahli keluarga yang bersangkutan dapat segera mengenalinya. Biasanya, ahli keluarga si mayat akan menelefon Wei, dan meminta dihantarkan ke tempat dia menyimpannya.


Wei membawa ahli keluarga si mayat ke teluk kecil itu. Dia membalikkan tubuh si mayat agar wajahnya dapat terlihat. Jika ahli keluarga si mati ingin membawanya pulang, maka mereka harus membayar wang (sebangai penat lelahnya) lebih dari US$500, Wei mengatakan, selama ini dia telah menjual sekitar 40 mayat. 

Tapi kadang2, keluarga si mayat enggan membayar, dan pulang tanpa membawa jenazah yang ditemui Wei. “setelah Mereka melihat sebentar, lalu pergi tanpa berkata apa-apa. Mereka tak membawanya pulang,” ujar Wei.

Jika sudah begini, Wei terpaksa harus menguburkan mayatnya secara pantas. Soalnya, pemerintah akan membiarkan mayat yang ditemuai membusuk tanpa melakukan apapun. Wei mengatakan apa yang dia lakukan bukan semata-mata kerana wang, tapi kerana alasan lebih pribadi. 

Dia pun berkisah. Pekerjaan ini, kata Wei, bermula dari usahanya untuk mencari anaknya sendiri, yang tenggelam di Sungai Kuning. “Anak saya tenggelam di sungai ini dan saya tidak dapat menemui mayatnya. Sangat menyakitkan. Itu sebabnya saya melakukan pekerjaan ini,” ujar Wei. Putra Wei sampai sekarang belum ditemui

sumber 

# PAS KALAH DI KUALA BESUT : PAS TAK TERIMA KENYATAAN???

Sebaik sahaja calon Pas, Che Long kalah menentang calon BN Tengku Zaihan dalam PRK Kuala Besut, banyak sangat suara-suara dalam Pas yang semacam tidak boleh menerima kekalahan dan takdir yang ditetapkan oleh Tuhan.
Che Long sendiri mengatakan dia kalah kerana lawan Kerajaan Malaysia bukan lawan Tengku Zaihan.
Siapa yang ajar pada dia cakap macam tu, agaknya Pengurus kempen dialah.
Kita kena beri tahu pada Che Long, doh Che Long selalu cakap bab agama, maka Che Long terimalah kekalahan ini dengan redha dan menerima apa yang telah ditentukan Allah.
Janganlah Che Long cakap sebab itu dan sebab ini, menyalahkan pihak yang ditentangnya.
Ada juga yang tulis dalam media pembangkang, bahawa kekalahan itu kerana rasuah projek, kerana pengundi disogok dengan politik wang dan sebagainya.
Sebenarnya Pas lah yang banyak membuat sogokan wang, barang makanan dan sebagainya. Che Long sendiri banyak menjanjikan kepada orang projek hendak baiki rumah dan sebagainya hanya semata-mata kerana hendakkan undi sokongan.
Dua hari selepas kematian Adun Kuala Besut, muslimat Pas telah masuk ke pulau perhentian membahagi-bahagikan gula, minyak masak dan sebagainya dan minta sokong Pas.
Awal-awal lagi dirasuahkan pengundi, jadi jangan buat tuduhan kepada BN.

#PAS TEWAS DI KUALA BESUT : BILA GADIS PENYOKONG PAS NAK BOGEL KELILING KUALA BESUT

 
Anak gadis ini agaknya penyokong tegar PAS tidak menduga BN akan menang dalam PRK Kuala Besut, lalu amat berani membuat "posting" maut di dalam laman sosial Facebooknya.

Damia Izara dalam FBnya berkata, "Kalau BN menang di Kuala Besut, saya berjanji akan bogel keliling Kuala Besut. Itu janji saya pada semua yang baca status ini."

Sekarang kita sedang menunggu-nunggu bilakah penyokong tegar Pas itu akan menunaikan janjinya.

Rakan-rakan FBnya meminta Damia Izara, tolong beritahu tarikh anda akan berbogel sekeliling Kuala Besut.

 Janganlah pula kata itu hanya janji suka-suka sahaja, kerana tidak menduga Pas akan tewas.

PRK Kuala Besut melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Barisan Nasional melalui calonnya Tengku Zaihan telah memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 2,592 iaitu lebih 158 kerusi daripada majoriti yang diperolehi di dalam PRU13. 

Tetapi bagi Mohd Noor Mat, 64,  berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran setelah calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Insya Allah, penyokong setia BN, Mohd Noor akan tunaikan janjinya.....Tunggu....janji pasti ditunaikan!!!!

sumber 

Sunday, 28 July 2013

# Walk4BN : MOHD NOOR AKAN MENUNAIKAN NAZAR TAK LAMA LAGI

 
 
Menteri Besar Terengganu,  Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
 
Kini  ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.
 
Mohd Noor yang juga seorang kakitangan  kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
 
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.
 
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia.
 
Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang.
 
Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki)  bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.
 
“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today.
 
Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya.
 
Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.
 
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu.
 
Terengganu Today akan menjadi portal rasmi  untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.

Wednesday, 24 July 2013

#UPDATE PRK KUALA BESUT :: PAS KALAH KERANA JENTERA TIPU PENGUNDI??


Salah satu sebab kekalahan PAS dalam PRK Kuala Besut ialah banner yangdibuat oleh jentera PAS yang menulis nama Che Long di banner kertas undi....

Yang nyata nama tu tidak ada... yang ada ialalh Endut@Azlan bin Yusof... pening penyokong PAS cari nama Che Long....

Last2 payah sangat pangkah je kat nama Tengku Zaihan....

hihihihihi...

Jangan mare ar.....

#UPDATE PRK KUALA BESUT : BN MENANG DENGAN TAMBAHAN MAJORITI


Alhamdulillah....

Segalanya hampir selesai.... keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendahului dengan majoriti yang meningkat walaupun peratusan keluarm mengundi menurun dari 87% ke 79 %... 

Maknanya pengundi Kuala Besut sememangnya mahukan BN terus membantu mereka di sini.....

Cita-cita PAS nak 16 : 16 maknanya berkubur ler...


THEY SAID i LOVVVVVVVV BN