Friday, 19 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : CHE LONG ANGKUH???

 

Selepas kontroversi yang dicetuskan oleh Calon PAS Kuala Besut melalui kenyataannya yang dikatakan berhasrat untuk menswastakan jawatan wakil rakyat, Che Long kini tampil pula dengan sebuah lagi kenyataan seolah-olah memperlekehkan kontraktor-kontraktor lain di Kelantan. 
Apa yang menariknya, beliau mendakwa bahawa beliau merupakan kontraktor kelas A yang terbaik pernah ada di Kelantan berbanding kontraktor-kontraktor lain.

Antara hujahnya ialah kerana mampu menyiapkan projek “Deferred Payment” yang bernilai hampir RM11 juta biarpun hanya berkelulusan rendah.

Istilah “deferred payment” adalah merujuk kepada projek yang harus disiapkan terlebih dahulu sebelum mendapat bayaran penuh dari klien. Klien yang dimaksudkan pula adalah Yayasan Islam Kelantan bagi menyiapkan Maahad Sains Tahfiz d Daerah Kusial Kuala Krai, Kelantan.

Pendapat mengatakan tujuan Che Long memberi kenyataan dan hujah sedemikian adalah untuk mengukuhkan kepercayaan orang ramai terhadapnya.

Selain itu dakwaaannya  menunjukkan beliau adalah seorang yang mampu dari segi kewangan dengan tunai di tangan sebanyak RM11 juta untuk menyiapkan projek berkenaan tanpa perlu mendapatkan bantuan kewangan dari mana-mana institusi.

Persoalan yang meniti di bibir ahli ahli perniagaan yang pernah mengenalinya  setelah menilai rekod syarikat pembinaan, dakwaan beliau  banyak yang menimbulkan keraguan.

Pada mereka, sepanjang 10 tahun penglibatan Che Long di dalam perniagaan beliau, keuntungan yang mampu dijana syarikat beliau adalah hanya sekitar RM 5 juta hingga RM8 juta.

Lebih-lebih lagi, kadar keuntungan yang dicatat adalah sebelum cukai sebanyak 15%.

Jadi, di manakah wang RM11 juta diperolehi oleh Che Long atau syarikatnya untuk menyiapkan dahulu projek tersebut atau ada sesiapa yang menaja dan membiayainya? Mungkinkah bekas Exco yang menjadi proksinya berada di belakang tadbir?

Beberapa blog telah mendesak beliau menjawab beberapa persoalan antaranya melibatkan dari mana sumber wang diperolehi dalam menyiapkan projek bernilai RM 11 juta tersebut.

Beberapa penulisan di blog juga menyifatkan beliau kemungkinan besar merupakan ‘kontraktor Ali Baba’ yang menjual projek-projek berkenaan untuk disiapkan oleh syarikat gergasi yang lain.

Thursday, 18 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : RAKYAT BERSYUKUR :PENANTIAN BERAKHIR DENGAN PERUNTUKAN RM250 JUTA UNTUK DALAMKAN MUARA KUALA BESUT

 
Sesuatu yang amat dinantikan dengan penuh harapan bagi golongan nelayan di negeri ini, khususnya di Kuala Besut apabila Kerajaan Persekutuan, khususnya Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak meluluskan peruntukan RM250 juta  projek mendalamkan muara Sungai Kuala Besut bagi kemudahan golongan nelayan dan pelancong untuk ke Pulau Perhentian.

Sewaktu mengumumkan kelulusan projek berkenaan, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, sebuah syarikat akan melakukan kajian awal yang memakan masa enam bulan bagi menyediakan pelan untuk melaksanakan projek berkenaan.

Sekian lama keadaan muara Sungai Kuala Besut yang cetek menimbulkan rungutan kepada nelayan untuk masuk ke muka kuala bagi memunggah hasil tangkapan dan pelancong yang menaki bot ke Pulau Perhentian.

Sebelum ini, kerajaan sudah melakukan projek mendalamkan muara sungai ini, tetapi disebabkan ia dilakukan secara ‘ad-hoc’ masalah muara cetek berulang.
Kini dengan peruntukan yang begitu besar, keperluan golongan nelayan dan pengusaha pelancongan  diberi perhatian istimewa oleh kerajaan.

Untuk menjayakan projek ini, kerajaan pusat menyediakan peruntukan awal RM500,000 bagi membiayai kajian awal untuk pelaksanaan projek ini.
Nelayan menyambut baik langkah kerajaan meluluskan satu peruntukaan yang begitu besar bagi mendalamkan muara sungai Kuala Besut itu, sesuatu yang bukan mudah untuk memperolehi sebanyak itu bagi satu projek.
Nelayan Besut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana meluluskan peruntukan RM250 juta bagi projek mendalam muara sungai Kuala Besut untuk kepentingan mereka.

Pengerusi Persatuan Nelayan Besut Che Busu Ismail yang mewakili nelayan daerah Besut menganggap ia sebagai satu rahmat yang dinanti-nanti oleh setiap nelayan sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

Katanya projek mendalam muara sungai Kuala Besut itu pasti akan dapat membantu menambah hasil kaum nelayan yang kini sedikit terjejas ekoran muara sungai cetek hingga menyebabkan kebanyakan pendaratan ikan terpaksa dilakukan di Tok Bali, Kelantan sekarang.

 Pada masa sekarang terdapat 351 buah bot nelayan yang beroperasi di daerah Besut dan daripada jumlah itu hanya kira-kira 45 peratus sahaja yang menggunakan pendaratan LKIM di Kuala Besut akibat masalah muara cetek.

Kebanyakan peraih ikan dari Kelantan dan Pahang perlu mengambil ikan yang didaratkan pada awal pagi yang kadangkala terganggu kerana bot yang mendaratkan ikan Kompleks Ikan LKIM di Kuala Besut terpaksa menunggu hingga air pasang untuk melalui muara.

Justeru banyak peraih didapati beralih ke Tok Bali di Kelantan bagi mendapatkan ikan kerana bukan sahaja bot boleh mendaratkan ikan lebih awal malah kebanyakan bot nelayan di situ tidak berdepan masalah muara cetek.

Hampir tiap tahun terdapat bot yang karam atau tenggelam di muara Sungai Kuala Besut kerana terlanggar beting pasir atau kerana muara yang cetek
Setakat ini hanya bot bersaiz kecil sahaja yang boleh memasuki muara Kuala Besut sepanjang masa tetapi kebanyakannya tidak membawa sama tangkapan yang banyak sebagaimana diperlukan.
Oleh itu penantian menjadi kenyataan, demikianlah kata-kata yang dapat disimpulkan bila kerajaan Barisan Nasional bertindak mendalamkan muara sungai Kuala Besut ini.
Semoga Kuala Besut akan melalui era baru yang baik, di sini segalanya bermula.

SUMBER

PRK N01 KUALA BESUT : VIDEO STOR KAYU CHE LONG PENYEBAB CHE LONG NAK SWASTAKAN JAWATAN YB



Inilah rupanya stor kayu yang dikatakan oleh Che Long yang menyebabkan dia tergamak nak tinggalkan rakyat untuk terus menjaga stor kayu ini jika dia menang dalam pilihanraya nanti.


PRK N01 KUALA BESUT : POK LONG : PAS TAK BERHAK MENGATA KEPADA SESAMA ISLAM



Semoga kalian faham akan apa yang Pok Long katakan ini. Kerana sesungguhnya tidak berhak PAS mengatakan bahawa orang UMNO itu menolak ISLAM. 

sumber 

PRK N01 KUALA BESUT : POPULARITI NIK AZIZ SEMAKIN MENJUNAM!!!



ustaz azhar idrus

Dulu sewaktu zaman kegemilangan Nik Aziz Nik Mat selaku pemimpin veteran PAS yang paling berpengaruh, bagaikan sudah menjadi kebiasaan apabila jumlah kehadiran di majlis ceramahnya melimpah ruah sehingga berlaku kesesakan teruk berkilometer dari lokasi majlis.

Buka sahaja mulutnya di sesatu majlis ceramah ramailah si penyokong yang bertakbir hingga ada juga yang jadi histeria tiba-tiba dek kerana semangat rasukan yang menerjah datang. Yang mana dapat bersalaman dengannya terasa seperti mendapat berkat kalau boleh seminggu tak dibasuh tangan pun tak apa.

Mengambil kesempatan dari pengaruh tersebut, maka banyaklah PAS Kawasan dan Negeri mengusung orang tua itu ke sana ke mari untuk memeriahkan program anjuran mereka kemudian bila selesai majlis masing-masing senyum sampai ke telinga melihat kantung kutipan wang ‘tiket’ yang diterima.

Demikian gambaran kasar betapa berpengaruhnya Mursyidul Am PAS itu, tapi itu semuanya dulu-dulu punya cerita tatkala masih ramai yang terkeliru dengan mitos dan ceritera keberkatan buatan seorang tok guru jadi-jadian.

Sekarang sudah lain, terlalu banyak perubahan seiring dengan peredaran zaman di mana pengaruh Nik Aziz terlalu jauh bedanya berbanding dulu. Ucap katanya sudah tidak begitu berbekas di kalangan ahli dan penyokong PAS sendiri.

Hadirin yang datang pun berkali ganda berkurangan membuktikan popularitinya kian merudum. Jika mahu melipat gandakan jumlah kehadiran penyokong bagi memeriahkan sesuatu ceramah, mahu tidak mahu Nik Aziz terpaksa digandingkan dengan orang lain yang lebih popular.
Jika tidak, hambarlah jadinya sama macam betapa hambarnya ceramah PAS di Kuala Besut pada 15 Julai lepas sehingga memaksa Nik Aziz memboikot program ceramah sendiri dengan alasan kesihatan tak mengizinkan. Terkedik-kediklah Mat Sabu sendirian pada malam itu di hadapan sekitar 200 orang juak PAS.

Oleh itu, untuk program akan datang sempena kempen PRK DUN Kuala Besut ini, dengar khabarnya Nik Aziz akan digandingkan bersama Ustaz Youtube atau pun lebih dikenali sebagai Ustaz Azhar Idrus, bertujuan untuk mengekang kegagalan majlis sebelumnya dari berulang.

PAS yakin cara begini boleh menyelamatkan maruah PAS dan mengelakkan air muka Nik Aziz dari dipandang rendah meski pun di masa yang sama ia mengesahkan Ustaz Youtube itu lebih popular berbanding Mursyidul Am PAS.

Begitulah ura-uranya yang menunjukkan betapa terdesaknya PAS tika ini. Jadi atau tidak ura-ura itu kemudian cerita.

Jika gandingan bersama ini gagal dilaksanakan sebagaimana dihasratkan alamatnya terpaksalah sekali lagi Nik Aziz menggunakan alasan kesihatan untuk memulau programnya sendiri, agaknyalah.

Wednesday, 17 July 2013

PRK N01 KUALA BESUT : PAS LEBIH TERUK BAHAM TANAH RAKYAT???



NIK ZAWAWI
 
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lot tanah kepada rakyat di seluruh negeri. 
 “Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, pihak Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lot merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian.

Dato’ Seri Haji Ahmad menjelaskan sewaktu Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004, ada wakil rakyat dan isterinya yang diberi tanah seluas 150 ekar untuk dijadikan ladang limau.“Apalah sangat jika dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala Besut.
  Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata, Pas terpaksa mengulangi isu yang sama bagi menghangatkan kempen PRK Kuala Besut.

“Ini sudah tabiat semula jadi Pas, tidak sempurna kempen mereka jika tidak ada fitnah dan menimbulkan isu bagi memburukkan orang lain,” katanya.

 BERIKUT ADALAH BAGAIMANA PEMIMPIN PAS SEBENARNYA YANG GOMOL TANAH SEMASA BERKUASA BUKANNYA BN:-

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pernah mendedahkan hingga terbongkarlah segala yang berlaku semasa kerajaan Pas yang memerintah negeri Terengganu (1999-2004) siapa sebenarnya yang pernah berbuat demikian.Namun begitu,  pemimpin Pas bijak dan ada taktik sendiri dalam membolot tanah dengan cara melalui tubuh syarikat atau badan terentu, tetapi di sebaliknya mereka yang menguasai syarikat dan badan itu.
 
persidangan DUN Terengganu diberitahu, kawasan komersial lot PT3378 (tapak Majlis Bandaraya sekarang), keluasan 11516 meter persegi diberikan kepada Koperasi Pengguna Insaf Terengganu (Koinsaf) pada 18 September 2002 dengan bayaran premium RM340,000.00 sahaja.

Koinsaf itu ditubuhkan pada 29 Disember 2001 dengan dipengerusikan oleh Bendahari Pas Kemaman waktu itu, Haji Roslin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasanya termasuk Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu, Haji Hussin Ismail.
Bila BN mengambil alih kerajaan, kerajaan negeri membeli semula hartanah tersebut dan Koinsaf memperolehi RM8 juta lebih (RM8,061,200.00).

Pemimpin Pas juga berlindung di atas sebuah syarikat bagi mendapatkan tanah lot kedai lot PT3431. Ahli Lembaga Pengarah syarikat itu Nik Mohd.Zawawi bin Salleh (seorang Adun Pas waktu itu) dan Ahli Parlimen Pas Hulu Terengganu waktu itu, Wan Muhyidin.
Kadar premium lot 1-3 ialah RM50,000 .00 manakala lot keempat RM76,200.00 Bila BN ambil alih, kerajaan negeri mengambil balik untuk kegunaan awam dengan terpaksa membayar RM465,715.00 bagi lot PT3428, RM372,500.00 (lot PT 3429), RM372,500.00 (lot PT3430) dan RM365,000.00 (lot PT3431).

Sidang Dun Terengganu juga mendedahkan, Persatuan Khairunisa’ (milik isteri wakil rakyat Pas) membayar premium untuk separuh bahagian dari keseluruhan 4,932 meter persegi lot PT1830 Mukim Batu Burok.

Selepas itu Kerajaan Negeri semasa BN terpaksa bayar RM2 juta lebih (RM2,096,100.00) bagi tujuan mengambil balik tanah itu untuk kegunaan awam.

Juga sidang Dun sekali lagi mendedahkan tanah pertanian di Durian Mentangau Dungun diluluskan kepada syarikat milik Dr.Sulaliman (wakil rakyat Pas ketika itu) seluas 50 hektar.

Dun juga diberitahu tanah seluas 10,000 ekar diluluskan kepada North East Plantation (NEP) milik Harakah, iaitu Pengerusinya waktu itu Datuk Hishamudin Yahya.

Demikian, Pas mengata orang tetapi mereka yang lebih.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawab persoalan ini di DUN bagi pihak Kerajaan membawa cerita, seorang yang melaungkan ‘pencuri! pencuri!, lalu mengajak orang mengejar pencuri. Rupanya yang melaungkan pencuri! pencuri! itulah sebenarnya pencuri.

PRK N01 KUALA BESUT : PAS PERNAH BERI 150 EKAR UNTUK SEORANG YB


Dato Seri Haji Ahmad Bin Said, Menteri Besar Terengganu hari ini membidas PAS yang cuba mengelirukan rakyat denga isu pemberian lot tanah kepada YB dalam Parlimen Besut. Beliau mengeaskan bahawa di zaman pemeritnahan PAS tahun 1999 - 2004, PAS juga telah memberikan sejumlah tanah kepada YB PAS.

Malah yang lebih hebat PAS ketika itu telah memberikan sejumlah 150 ekar tanah untuk hanya seorang YB untuk dibuat projek tanaman limau.

 “Apalah sangat jika dibandingkan kita beri wakil rakyat satu lot rumah sedangkan Pas beri wakil rakyat mereka hingga 150 ekar?,” soal beliau ketika mengulas isu lapuk yang ditimbulkan kembali pencermah Pas pada kempen PRK Kuala Besut.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, juga berkata wakil rakyat yang diberi tanah tersebut sememangnya layak menerima habuan itu kerana ia merupakan angerah kerajaan negeri kepada mereka yang telah banyak berjasa.
“Dalam tempoh saya menjadi Menteri Besar, kita beri kira-kira 20,000 lota tanah kepada rakyat di seluruh negeri.

“Tak kan kerana kita beri satu lot rumah saja kepada beberapa wakil rakyat BN, Pas mahu menjadikannya satu isu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.

Katanya, daripada tanah yang diagih kepada rakyat itu 12,000 lota merupakan tapak rumah manakala 8,000 lot lagi bagi tujuan pertanian. 

PRK N01 KUALA BESUT : ANGGOTA POLIS PUTUS KAKI KETIKA BERTUGAS DI PRK


 Seorang anggota polis trafik telah cedera parah dalam satu kemalangan di hadapan Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Peroi di sini kira-kira jam 4.20 petang tadi. Motor yang ditunggang mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta dari arah hadapan.

Mangsa adalah seorang pegawai trafik yang bertugas dalam PRK di sini dan berasal dari Melaka. Mangsa ketika kejadian sedang membuat rondaan biasa bersama seorang rakan

Menurut saksi kejadian  pemandu kereta tersebut telah memotong satu kenderaan lain di garisan berkembar sambil  menggunakan talipon. Pemandu kereta tersebut dikatakan terkejut apabila bertembung dengan pihak polis dan terus memecut keretanya lalu melanggar mangsa. Mangsa tidak sempat mengelak  dan tercampak hampir 10 meter. Motor dan mangsa telah terkena  rembok sekolah.

Mangsa telah dikejarkan ke hospital Jertih. Mangsa telah mengalami cedera parah apabila kaki kanan mangsa telah terputus.

Pemandu kereta yang melanggar mangsa telah menghilangkan diri.

SUMBER 

PRK N01 KUALA BESUT : "JIKA BN MENANG SAYA BERNAZAR BERJALAN KAKI DARI BESUT KE KUALA LUMPUR"



Seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat,64, berhasrat meneruskan niat untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut, 24 Julai ini.

Mohd Noor yang juga seorang kakitangan kerajaan negeri berkata beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.

Impian beliau  tidak boleh dipandang ringan kerana pada tahun 2000 beliau sudah mencipta sejarah selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki dari Jertih-Kemaman sejauh 260 kilometer.

Hasrat itu disampaikan sendiri oleh Mohd Noor kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Muhammad Khairun Aseh ketika bertemu di sini kelmarin.

Mohd Noor berkata, beliau juga berhasrat untuk bertemu Perdana Menteri selepas berjaya menamatkan misi berjalan kaki berkenaan di Kuala Lumpur.

Muhammad Khairun, ketika ditemui berkata beliau menyambut baik usaha yang akan dilakukan oleh penyokong BN itu dan berjanji untuk mengatur sesi pertemuan dengan Perdana Menteri.

 “Insyaalah saya akan atur program khas dan menyambut Mohd Noor jika beliau berjaya sampai di Kuala Lumpur,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, beliau menghargai hasrat penyokong BN dari Besut itu dan akan memberi bantuan yang diperlukan dalam misi berjalan kaki berkenaan.

Idris berkata, Mohd Noor pernah melakukan aktiviti sama ketika beliau menjadi Menteri Besar Terengganu, dan mengiktiraf beliau sebagai rakyat Terengganu pertama berjaya berjalan kaki dari Besut ke Kemaman.

PRK N01 Kuala Besut : 3000 Orang Keluarga Tengku Zaihan Ikrar Sokong BN



Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman mempunyai keluarga yang besar di Kuala Besut, sekitar 3,000 orang.

Malah mereka mempunyai persatuan keluarga yang dikenali sebagai “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long”.

Faktor keluarga menjadi penyebab kepada kekuatan Tengku Zaihan dan ia ternyata benar apabila usaha menghimpunkan ahli keluarganya menjadi sambutan.

Baru-baru ini satu perhimpunan keluarganya telah diadakan di sebuah rumah salah seorang keluarga Tengku Zaihan yang dihadiri oleh sekumpulan ahli keluarga mereka di kampung Nail, kampung kelahiran ‘Abe Ku’ calon BN bagi PRK Kuala Besut.

Dalam perjumpaan itu, semua sanak keluarga berikrar memberi sokongan dan akan bekerja keras untuk kemenangan calon BN, Tengku Zaihan.

Bahkan, mereka telah membentuk suatu urusetia khas untuk memantau dan memastikan semua ahli keluarga mereka yang ramai itu keluarga mengundi, termasuk pengundi luar dari keluarga mereka akan diusahakan agar balik mengundi calon BN, Tengku Zaihan.

PRK N01 KUALA BESUT : ABC = ASAL BUKAN CHE LONG

 

BESUT – Rakyat perlu menolak kempen 16-16 yang dimainkan oleh Pas dalam usaha parti itu untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada 24 Julai ini.
 
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, keadaan itu jika berlaku hanya akan meletakkan situasi politik tidak stabil di negeri ini kerana perbalahan yang berpanjangan.

Katanya, pembangkang sedar jika BN tewas sekalipun dalam pilihan raya kecil itu dan jumlah kerusi seimbang antara Barisan Nasional (BN) dan Pas, tetapi kelebihan tetap berpihak kepada parti pemerintah melalui kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri.
\
“Dalam hampir kesemua siri ceramahnya, Pas memberitahu mereka akan berpeluang memerintah negeri ini sekiranya kedudukan ‘seri 16-16′ dalam DUN.

“Rakyat harus sedar dan tidak terpedaya dengan dakyah tersebut yang cuba memujuk sokongan kepada Pas, kerana BN akan terus kekal memerintah negeri sekiranya keadaan tersebut berlaku,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan jentera BN di Kampung Gong Manok di sini hari ini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, demi kestabilan politik di Terengganu, rakyat harus memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya kecil tersebut.

“Kalau berlaku 16-16 sebagaimana yang dihajati pembangkang, kerajaan dan negeri ini dalam bahaya, tidak stabil, akan berlaku perbalahan yang akhirnya akan merugikan rakyat.

“Wakil Rakyat tidak akan rugi tetapi rakyat yang akan rugi, Terengganu tidak stabil disebabkan rakyat rugi, contohnya, dana melalui wang ihsan tidak boleh disalurkan kerana pembangkang tidak suka dana ini, dia mahu dana lain,” katanya.

Justeru itu, katanya, kempen ’16-16′ yang dibawa oleh pembangkang amat berbahaya kepada seluruh negeri ini.

PRK DUN Kuala Besut menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara BN dengan saingan tradisinya, Pas.

BN diwakili oleh jurutera, Tengku Zaihan Che Ku Abd. Rahman, 37, manakala Pas diwakili oleh kontraktor, Endot @ Azlan Yusof, 48.

PRK N01 KUALA BESUT : TANAH YANG DIGUNAKAN UNTUK BINA FLET BUKAN TANAH DIRAMPAS DARI RAKYAT

Kerajaan BN yang hendak membina rumah flat perumahan rakyat setinggi empat tingkat yang dilakukan pecah tanah oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin pada 13 Julai lalu pun difitnah dengan isu-isu yang diputar belitkan oleh Pas.
 
Flat tersebut mengandungi 72 unit rumah berharga RM10.35 juta di Kampung Kandang Lembu,Tok Saboh telah mula difitnah oleh Pas dengan isu kononnya menzalimi rakyat.

Kerajaan tidak dapat melakukan kerja-kerja pembinaan flat empat tingkat untuk perpindahan rakyat dari Kampung Pangkalan Atap Kuala Besut yang dilanda ombak, berikutan rentahan haram dan binaan bangunan di atas tanah kerajaan oleh seorang dua itu.






Mereka yang terbabit itu sebenarnya melanggar undang-undang “Rentahan Haram” di tanah kawasan Bangsal Lembu Kampong Tok Saboh, Mukim Kuala Besut, Daerah Besut. Kesalahan yang mereka lakukan ialah di bawah Seksyen 425, Kanun Tanah Negara iaitu ‘MENDIRIKAN BANGUNAN DI ATAS TANAH KERAJAAN’.

Sebagaimana yang disebut di dalam notis itu kesalahan mendirikan bangunan di atas kerajaan, jika disabitkan kesalahannya boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 ribu atau dihukum penjara bagi satu jangka masa tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali atau tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 426 1 (C) di bawah akta yang sama iaitu tanpa waran memusnahkan, membinasa atau memindahkan mana-mana bangunan atau mengambilmilik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.

Jadi, selagi mereka tidak meninggalkan rentahan haram di tanah milik kerajaan itu, selagi itu flat untuk rakyat tidak dapat dibina dan menyusahkan penduduk-penduduk yang sedang menunggu untuk berpindah ke flat itu dari kawasan pantai yang dilanda ombak.

Oleh itu pihak Pejabat Tanah telah menghantar beberapa kali notis kepada yang membuat rentahan haram itu tetapi mereka tidak menghiraukan notis tersebut. (sila lihat lampiran notis kepada Encik Rosli Jaafar bertarikh 8 Februari 2012 dan juga Encik Ramli Jaafar bertarikh 15 Julai 2012).
Pejabat Tanah2
 


Namun notis itu tidak dihiraukan, termasuk yang ditampal di bangunan haram yang di bina di atas tanah kerajaan itu.

Penolong Pegawai Tanah (Kanan) Besut, Encik Mohd Noor Azahar berkata, pihak Pejabat Tanah Besut pada 4 Oktober 2012 terpaksa bertindak mengikut undang-undang Seksyen 426 berkenaan iaitu memindahkan mana-mana bangunan atau mengambil milik mana mana tanah sebagai perlanggaran terhadapnya.

Katanya kalau tidak berbuat demikian, pembinaan awal tapak flat tidak dapat dijalankan dan penduduk mangsa ombak besar di Pengkalan Atap akan terus berada dalam keadaan bahaya.

Semasa Pas memeritah (1999-2004) juga didapati banyak rumah atau bangunan yang dibina ditanah kerajaan secara rentahan haram telah dirobohkan untuk keperluan kerajaan semasa itu kerana ia adalah prosedur biasa Pejabat Tanah dan pihak berkuasa.


Baca seterusnya di SINI

PRK N01 KUALA BESUT : POPULARITI USTAZ AZHAR TERCALAR DI SINI???




Kuala Besut : TELAH dihebahkan bahawa penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) akan mengadakan ceramah bersama Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS pada 22hb Julai yang akan datang di Kampung Nail, Kuala Besut.
 
Program yang diadakan sempena kempen pilihanraya kecil Kuala Besut yang sedang berlangsung sekarang ini, juga adalah untuk membantu kempen PAS yang sedang berlangsung hambar sekarang.

Sebagai makluman, Kampung Nail adalah tempat kelahiran calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman dan kemenangan di peti undi kampung tersebut adalah penting kerana ia menjadi ‘ibu’ kepada segala peti undi dalam PRK Kuala Besut ini.

Aku faham, PAS menjadikan Kampung Nail sebagai sasaran kerana ia mempunyai signifikan tersendiri dalam kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang. Selain tempat kelahiran calon BN seperti yang disebutkan di atas, PAS juga kalah di peti undi kawasan ini dengan perbezaan 299 undi.

Yang aku tak faham ialah apa kejadahnya ‘aura’ UAI yang sebegitu besar dihalakan untuk mengubah keputusan di kawasan peti undi yang PAS kalah dalam jumlah yang kecil? Ada beberapa kawasan lain lagi yang PAS kalah dalam jumlah yang besar seperti Seberang Barat Luar (756 undi) dan Tok Saboh (617 undi).

Kenapa tidak dihalakan UAI ke kawasan itu?

Bukankah tindakan seumpama ini hanya akan merosakkan lagi imej UAI di masa akan datang. Kita nak pakai UAI ni lama lagi tau, bukan setakat dalam PRK Kuala Besut ini sahaja. Amat malanglah kalau dengan ‘taraf’ UAI sekarang, PAS hanya mampu tarik 299 undi sahaja? 

Satu hal yang lain, aku tak sangat bersetuju dengan keputusan melibatkan UAI dalam terlalu banyak program politik seperti kempen PRK ni. UAI dikenali selama ini sebab dia bebas politik kepartian – walaupun secara terbuka mengumumkan diri sebagai ahli PAS.

Mengaku sebagai ahli dan terlibat sepenuhnya dalam kerja-kerja politik adalah 2 cerita berbeza tu.

Aku berpandangan, sementara dia tengah berada di puncak ni, jangan pulak kita ‘humban’ dia ke bawah dengan terlalu menonjolkan dia dengan kerja-kerja politik hanya sebab nak menang satu pilihanraya kecil sahaja.

Dalam mana-mana tempoh sementara menanti PRU yang akan datang, paling tidak ada 10-15 pilihanraya kecil dimana khidmat UAI boleh digunakan, terutama kalau PAS terlibat atau di kawasan majoriti Melayu.

Kalau dia terlibat awal sangat, kita bimbang UMNO/BN akan berusaha keras untuk jatuhkan imejnya, terutama di kalangan wanita, sebab kita tahu sajalah UAI baru-baru ini bernikah seorang lagi dengan anak dara – menambah kepada 2 isteri sedia ada.

Malah di Kuala Besut ini pun aku mendengar usaha-usaha untuk ‘membunuh’ imej UAI sedang dan telah rancak dimulakan, terutama apabila berita mengenai kedatangannya kesini mula tersebar.

UMNO bukan kira ustaz ke ulama, asal cuba nak kacau dia saja pasti dia akan serang habis-habisan walaupun guna modal peribadi.

Seterusnya di Sini