Semasa melayari blog-blog dan portal, Angin terpandang lukisan @ banner ini. Angin tak pasti apakah ianya betul-betul muka depan sebuah buku yang berada dipasaran?
Hakikatnya memang Nik Aziz dah tak layak jadi pemimpin, bukan sahaja kerana umurnya yang terlalu tua... (teringat dialog Boboi dalam MLM akhir katanya : ada bezanya antara tua dan terlalu tua). Dalam kes Nik Aziz ni, beliau dah terlalu tua untuk memimpin.
Beliau sepatutnya hanya mengajar di masjid-masjid. Tak perlu lagi nak ketua sebuah kerajaan. Lagi pula Nik Aziz dah terlalu lama menjadi Menteri Besar di Kelantan (Dah lama dah.... terkenang kata-kata Tun Mahathir ketika mengumumkan perletakkan jawatan beliau dalam Mesyuarat Agung UMNO suatu masa dulu). Sangat berbeza maruah seorang yang sedar diri dengan insan yang lupa diri. Tun sedar 22 tahun menjadi Perdana Menteri Malaysia sudah cukup baginya, mungkin Tun tidak mahu dia membuat lebih banyak kesilapan (macam pembangkang kata). Memang benar... semakin lama kita berjawatan tinggi, mungkin semakin banyak kesilapan yang dilakukan. Tun sedar itu tapi Nik Aziz??? Isu air bersih yang dah berlanjutan bertahun-tahun pun tak boleh diselesaikan sehingga ke hari ini.
Nik Aziz juga dikatakan tidak dapat menerima pendapat orang lain. Hatinya terlalu keras.Mungkin semakin lama dia memimpin, takut nanti hatinya dah tak boleh dicanai lagi.
Nik Aziz juga dah banyak kali diberitakan uzur. entah berapa kali di masukkan ke wad. Bukan apa Angin pun sayangkan Nik Aziz. Tak adil jika angin kata Nik Aziz tak ada bakti. Pasti ada kebaktian yang beliau tinggal untuk rakyat Kelantan tapi bimbang semakin lama semakin banyak pula kesilapan yang ditelanjangkan orang.
Nik Aziz juga pernah digambarkan sebagai seorang ulama' yang ZUHUD. Erti Zuhud itu yang "hati yang tidak terpaut atau terpengaruh dengan dunia dan nikmat-nikmatnya. Itu semua dulu, tapi kini semakin hari semakin banyak yang berbicara menyatakan Nik Aziz bukan lagi seorang yang Zuhud. Banyak gambar-gambar beliau yang terpampang di internet seolah menunjukkan Nik Aziz adalah seorang yang bukan zuhud. Angin takut semakin lama Nik Aziz mahu jadi MB, semakin banyak pula pekung terbuka. Lihat saje gambar-gambar dibawah. Jika selipar pun dipakaikan orang. Apakah .ini sifat seorang ulama zuhud???
Kalau dihitung akan ada banyak lagi kepincangan yang keluar kerana semakin lama kita memegang jawatan semakn banyak kesilapan yang kita lakukan. Jadi sebenarnya Nik Aziz dah boleh mengundurkan diri dengan cara terhormat macam pemimpin UMNO buat.
hahhaa...padang gitu jah,..
ReplyDelete