Wednesday 16 January 2013

TERBARU : AKIBAT AMANAT HAJI HADI 1981

Salam peringatan buat semua....






Biar apapun jawapan yang diberikan... malah menerbitkan semula buku Penjelasan Amanat Haji Hadi selakupun, rasanya dosa yang terlekat belum boleh dibersihkan. Terlalu banyak perkara buruk yang berlaku kerana Amanat ini. Dari sembahyang 2 imam yang khabarnya sampai hari ini masih berlarutan hinggalah penderhakaan kepada ibubapa dan permusuhan sesama adik-beradik seperti di dalam buku MURTADKAH AKU? 

Ianya bukan boleh disapu atau dibersihkan dengan air suci begitu sahaja untuk menghilangkan segala pemutusan persaudaraan sesama ummat islam.

Itulah akibat kerana kerakusan manusia yang mahukan kuasa dibumi nan fana ini. Walaupun akan merosakan perpaduan yang sekian lama dibina kerajaan namun ianya tidak dipedulikan, janji apa yang diingini akan termakbul. Ianya bukan suatu keperluan tapi mahu memnuhi kehendak semata-mata.

Angin baru sahaja menerima beberapa keping gambar dari sahabat yang berada entah di mana. Angin tersentuh apabila melihat gambar ini. Samada ianya hanya kerana amanat atau ketaksuban manusia, tidak dapat Angin pastikan tapi Angin rasa akan timbul berbagai persepsi  apabila melihat gambar itu. Tepuk dada tanyalah iman...

Minggu yang lalu juga seorang sahabat mengajak Angin untuk bersama melihat bukti akibat dari amanat tersebut. Apabila seorang hamba ALLAH meninggal, jasad beliau telah dikebumikan ditempat yang asing dari keluarga hanya kerana perbezaan fahaman politik. Mereka membuat keputusan dunia tanpa memikirkan apakah akan berlaku kemudian hari. Angin masih tidak berkesempatan untuk melawat sendiri tempat yang diberitahu. Insyaallah, jika ada diizinkan ALLAH, Angin akan kongsikan perkara ini bersama sahabat pembaca.

Untuk akhirnya, Ayuh kita lihat gambar-gambar yang angin maksudkan. ....... SETELAH ITU MARILAH KITA SAMA-SAMA BERFIKIR......











No comments:

Post a Comment