Sunday, 20 January 2013

PAS AKAN KELUAR PAKATAN SEBELUM PRU13?

Salam buat semua...



Hari ini kecoh berita PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat sebelum PRU 13 ini. Kalau betul macam tu baguslah... buat apa nak berlindung di dahan nan rapuh.

Semua orang dah tahu pasal isu kalimah allah. Pendirian Majlis Syura Ulamak Pas di pertikaikan oleh Azmin bagi pihak PR. Kemudian hari ini pula muncul kisah Karpal yang merayu agar Haji Hadi berbincang semula tentang pendirian itu.

Perbuatan  ini benar-benar tidak menghormati PAS sebagai rakan kongsi mereka. PAS perlu sedar biar apapun alasan yang di berikan kejadian baru ini benar-benar membukti rakan seperjuangan mereka bukan memandang sebelah mata kepada  PAS malah langsung tak di pandangnya.

Adat orang berkawan biar saling menghormati dan paling tidak menjaga hati kawannya supaya tidak terguris. Perbuatan DAP dan PKR yang tidak menghormati kawan ini bukan sahaja mengguriskan hati penyokong PAS malah lebih teruk dari itu mereka merasa dipermainkan?




Pada Angin telah tiba masanya PAS berdiri dikaki sendiri. Penyokong PAS mesti respek kalsu pemimpin mereka buat keputusan untuk tinggalkan PR... tak gitu Ayah Chik????

2 comments:

  1. Salam perjuangan.Blog tuan telah dipautkan. terima ksih mengunjungi blog teman..

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS di bubarkan lagi lebih baik tapi arr..dunia ber-blog dan ber-facebook akan sepi sedikit tak dapat nak buat kritikan pada parti yang tiada hala tujuaan berpendirian goyah nih...

    ReplyDelete