Sunday 20 January 2013

RAYUANKU:KARPAL TIDAK HORMATI PENDIRIAN PAS!!

Salam buat semua....



Apabila menonton video di atas, Bahkan berkali-kali Angin mengulang tayang video ini. Angin merasa seperti ada sesuatu yang tak kena. Selama ini Karpal bukan begini orangnya. Beliau adalah orang yang tegas pendirian. Bila tak setuju beliau akan bersuara dengan lantang.

Seperti dulu Karpal kata Jika PAS nak tubuhkan negara islam : langkah mayat kami dulu.

Sekarang kata-katanya sangat berbeza malah Karpal boleh merayu plak. Ish pelik....sangat pelik...  

Apa agenda disebalik kenyataan terbaru ini.... lakonan apa pula yang sedang mereka mainkan?? Seolah-olah ada kejohanan ping pong plak... 

Mula-mula Hj Hadi umum pendirian PAS, Orang bukan islam boleh guna Kalimah ALLAH, masa tu Nik Aziz menyokong, kemudian dalam mesyuarat Majlis Syura PAS, keputusan yang dibuat adalah berbeza sama sekali. Masa tu Nik Aziz mempengerusikan mesyuarat. Kemudian muncul plak Azmin yang menyatakan pendirian PR yang membenarkan Kalimah Allah digunakan bukan islam. Kini mucul plak Karpal yang merayu Hadi supaya membetulkan pendirian Majlis Syura PAS supaya sama dengan Pakatan Rakyat Lakonan apa sebenarnya yang sedang berlaku??

Kemudian timbul pula persoalan kenapa PKR dan DAP langsung tidak menghormati pendirian Majlis Syura Ulamak PAS?? Bukankah Majlis Syura Ulamak Pas adalah badan tertinggi Parti itu? Kenapa nak dirayu lagi?? Nak Nik Aziz dengan Haji Hadi bergaduh besar ke?? atau nak tunjukkan bahawa PAS sebenarnya tidak layak untuk berada di atas bersama Pakatan Rakyat??
Yang nyata, nama saje Pakatan tapi sebenarnya tak sepakat pun. Tak sehaluan pun... satu kehilir, satu ke hulu. Macamana nak tadbir negara kalau macam ni?
Satu lagi, nampak sangat PAS lemah.... tidak bertaring, tidak dihormati, tidak dipandang dalam PR. Pendirian mereka dipandang enteng kerana mereka tahu PAS boleh di ting-ting, PAS boleh lambung-lambung sebab PAS memang KLUK-KLEK!!!!


No comments:

Post a Comment