Sunday 20 January 2013

YB KHAIRY JAMALUDDIN GEMBIRA DENGAN PERSEDIAAN JENTERA PEMUDA TERENGGANU

Salam buat semua...


YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menzahirkan perasaan gembira dengan persediaan yang telah dilakukan oleh Jentera Pemuda UMNO Negeri Terengganu. 

"Dengan persediaan rapi jentera pemuda bermotor, pasukan poster, pasukan pemuda gerak gempur dan pasukan yang akan mendekati pengundi-pengundi muda melalui program-program yang pelbagai, saya yakin Terengganu akan mendapat keputusan yang lebih baik dari pilihanraya tahun 2008", kata beliau ketika ditemui di majlis santai bersama Ngo Kuala Nerus lewat petang semalam.

Beliau juga mengharapkan pengundi-prngundi baru yang akan mengundi kali pertama pada pilihanraya umum ke 13 akan datang terus didekati dan memastikan mereka terus menyokong barisan Nasional.


YB Khairy sebelum itu telah melancarkan Kelab IPT Barisan Nasional (KIBAR) Pantai Timur di Hotel Permai. Seramai lebih 400 orang mahasiswa telah menyertai kelab ini yang terdiri daripada penuntut dibeberapa buah IPTA di Terengganu, Kelantan dan Pahang.

Dalam lawatan kali ini juga YB Khairy telah berkesempatan melawat Pusat Daerah Mengundi Gelugur Kedai, DUN Alur Limbat dan Pusat Daerah Mengundi Bukit Tunggal, DUN Bukit Tunggal.Ternyata beliau amat gembira dengan persediaan jentera pemuda di kedua-dua tempat yang telah dilawatinya.

Ketika ditanya tentang kemungkinan calon-calon pemuda akan diketengahkan dalam piliharaya umum ke13 di Terengganu, beliau menyatakan bahawa pemuda dibawah pimpinannya menyerahkan segala keputusan kepada pihak tertinggi parti.

"Kita serahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan keputusan mutlakY.A.B Perdana Menteri selaku pengerusi Barisan Nasional, Pemuda akan sokong siapa saja yang akan diketengahkan sebagai calon. Pemuda dibawah (pimpinan) saya lebih sayangkan parti dan kita mengharapkan kemenangan kepada parti". -



No comments:

Post a Comment