Monday, 21 January 2013

PAS VS DAP VS PKR: SALAK MENYALAK HINGGA PRU13?

Salam buat semua...




Semua pembaca dah tahu apa yang berlaku sekarang. Satu kejohanan ping pong sedang berlangsung antara PAS PKR dan DAP. Acara tarik tali juga sedang berlangsung. Masing masing sedang berusaha untuk menarik kembali penyokong yang semakin menjauh.




Kejohanan ini akan berlangsung sehingga pilihanraya umum ke 13. Dengan  hanya menggunakan isu Kalimah Allah sebagai tulang yang direbut, mereka akan saling salak menyalak. Aku kata ke mung, mung kata ke aku. 




Semua tahu PAS kena bertegas pasal ISU ini. Kalau tak bertegas nanti mereka akan kehilangan pengundi melayu islam. DAP pula akan bersilat gayung untuk pastikan pengundi bukan islam tetap berada di sisi. Bukankah yang untung nanti parti mereka. Kiri kanan akan sokong mereka.

Itulah sebab mereka salak menyalak antara satu sama lain. PAS bukannya nak pertahankan Kalimah Allah sangat pun...semuanya ni dibuat untuk keuntungan politik Pakatan.

Walaupun Harun Din cuba pertahankan PAS namun ianya dilihat sebagai satu mainan politik selagi beliau berada dalam PAS. Apatah lagi sejak pertelagahan itu berlaku Haji Hadi seolah hilang dari pandangan mata.Persoalannya Haji Hadi sendiri perlu tampil untuk memberi penjelasan.

Hakikatnya mereka akan terus berlakon  untuk meraih sokongan dengan menggunakan isu Kalimah Allah sebagai tajuk cerita.

Semoga penyokong penyokong PAS sedar bagaimana mereka semua sedang dipermainankan dalam satu cerita salak menyalak yang di arahkan oleh seorang manusia yang hebat lakonan dengan cerita bertajuk " Kalimah Allah Milik Siapa?".

2 comments:

  1. InsyaAllah, seminggu selepas parlimen dibubar..pakatan rakyat mengikut jejak langkah serupa..pakatan yang tiada kesepakatan sejak dahulu, kini dan selamanya..Hidup UMNO!!..Hidup BN!!

    ReplyDelete
  2. salam tuan
    blog hebat tuan telah saya pautkan pada MKP....

    ReplyDelete