Tuesday, 15 January 2013

KALIMAH ALLAH : MAKA BENAR KATA PAK CIK TUA

Salam buat semua...

Dua hari lalu, Angin ada menulis tentang mengapa Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 tidak berjaya menepati sasaran. Kepada pembaca yang tak sempat baca, jom klik di SINI.

Di dalam posting tersebut Angin ada menceritakan bagaimana seorang Pak CIk yang sedang makan disebelah Angin bersungut dengan menyatakan bahawa Himpunan tersebut gagal kerana isu Kalimah ALLAH. Katanya Haji Hadi tak perlu membuat kenyataan depan TV sekarang kerana pilihanraya dah dekat. 


Maka apakah  Keputusan Majlis Syura Ulama PAS malam tadi itu dibuat kerana melihat sambutan Himpunan Sejuta Rakyat itu hambar??? Kebetulankah???

Yang menjadi persoalan, mengapa tiba-tiba keputusan ini dibuat setelah hampir 2 minggu Haji Hadi membuat kenyataan. Apalagi keputusan dibuat selepas himpunan. Siapakah Ahli Majlis Syura Ulamak PAS??? Bukankah rata-rata mereka ini pernah menyatakan pendirian masing-masing bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam?? Kenapa pula baru semalam mereka membuat keputusan bersama kononnya??? Sekali lagi timbul tanda tanya..Kebetulankah???

Jika dilihat, rata-rata selepas kenyataan Haji Hadi itu memang rakyat di kampung-kampung (malah kampung angin sendiri), pak lebai-pak lebai berserban besar memperkatakan hal ini di kedai-kedai kopi. Mereka sendiri seolah tidak percaya akan kenyataan yang dibuat oleh Presiden mereka. Mereka tidak lebat berbicara sejak itu kerana sentiasa dicanggah oleh penyokong Barisan Nasional yang menyebabkan mereka mati kutu.

Isu Kalimah ALLAH itu seolah telah menutup mulut mereka yang sebelumnya begitu kuat menghentam kerajaan. Ada diantara mereka yang cuba mengelak jika isu ini dikeluarkan. Mereka cuba menukar topik.

Apakah stratergi Pakatan Rakyat untuk menarik minat pengundi bukan melayu telah memakan diri??? Apakah keputusan Majlis Syura Ulama PAS dibuat selepas melihat sokongan terhadap mereka menurun??? Apakah mereka semua takut kehilangan undi melayu ISLAM??? Apakah semuanya berlaku kerana kebetulan???

Bukan Angin nak persoal samada kalimah ALLAH boleh atau tidak boleh digunakan oleh orang bukan islam. Malah Angin tetap akan mempertahankan bahawa kalimah ALLAH hanyalah untuk ummat Islam sahaja. Hanya sekadar mengajak pembaca sama-sama berfikir. 

Jika anda seorang Muslim, apakah anda mahu orang yang tidak berpendirian memimpin anda? Apalagi dalam hal hak ummat Islam itu sendiri??

Seterusnya jika hak ummat Islam boleh berdolak dalih, bagaimana orang ini boleh mempertahankan anda yang bukan beragama ISLAM????
 
Jom sama-sama kita fikirkan....

Akhir sekali, terima kasih kepada pak cik yang makan sebelah Angin tempoh hari kerana mungkin apa yang pak cik kata ada benarnya.......





No comments:

Post a Comment