Monday 21 January 2013

TERGEMPAR: SOKONGAN KEPADA PAKATAN TURUN MENDADAK??

Salam buat semua..


Percaya atau tidak, itulah hakikatnya. Daripada kegagalan KL112 sehingga isu kalimah Allah, memberi gambaran jelas bahawa ketidaksepakatan Pakatan Rakyat dalam melayari sebuah kapal perang untuk  menuju ke Putra Jaya telah membuatkan parti ini kehilangan lebih banyak sokongan.


KL112 ternyata bukan sahaja  tidak mendapat sambutan dari kalangan kaum cina.Malah kehadiran penyokong PAS sendiri di katakan menurun secara mendadak.

Beberapa hari lalu ada blog telah menulis tentang penolakan kaum cina itu kepada penganjuran KL112 yang diketuai oleh Mat Sabu. Ternyata kaum itu bukan sahaja tidak mengiktiraf PAS umtuk menganjur satu - satu program besar malahan juga tidak akan menyokong PAS untuk menerajui negara ini.


Kemudian timbul pula isu KALIMAH ALLAH. Sebelum KL112, Haji Hadi telah tampil dengan pendirian bahawa PAS membenarkan Kalimah Suci itu digunakan oleh bukan islam selaras persetujuan yang telah dibuat ketika mesyuarat bersama pimpinan Pakatan Rakyat. Hakikatnya pendirian itu telah mengecewakan sebahagian besar penyokong Pas itu sendiri. Secara jelas ianya dizahirkan semasa di KL112.

Sokongan menjadi semakin membengkak apabila Majlis Syura Ulamak PAS (MSUP)telah membuat pendirian yang baru seminggu selepas pendirian yang dinyatakan oleh Haji Hadi. Pendirian MSUP seolah menunjukkan tiada kesepakatan di dalam parti PAS. Ada pula yang mengatakan Nik Aziz sengaja mahu memalukan Haji Hadi?. Sejak MSUP menyatakan pendirian, Haji Hadi terus menyepi diri. Keadaan ini membingungkan penyokong PAS sendiri. Ada yang mengharapkan pendirian MSUP biarlah sama dengan Presiden parti. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Penyokong bukan melayu pula semakin menjauh kerana bosan dengan sikap tidak berpendirian Parti PAS. Mereka pastinya mengharapkan ada pemimpin melayu ISLAM PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH untuk agama mereka.Tetapi yang berlaku disebaliknya pula.

Walaupun Azmin dan Karpal muncul untuk menarik kembali sokongan bukan islam kepada parti itu tetapi Angin rasa semakin ramai pula penyokong PAS yang tidak menyebelahi mereka kerana merasakan PKR dan DAP tidak menghormati pemimpin mereka. Kini nampak jelas PAS dah semakin jauh dari PKR dan DAP. 

Hakikatnya samada percaya atau tidak sekiranya PAS benar-benar keluar dari Pakatan Rakyat yang rapuh itu, pastinya sokongan kepada Pakatan Rakyat yang tinggal dua parti itu akan menurun.



No comments:

Post a Comment