Thursday, 24 January 2013

HAJI HADI KATA ALLAH SURUH MANUSIA BERGADUH??

Salam buat semua....



Rupanya banyak perkara yang dibuat Hadi untuk  meraih undi. Kadang-kadang tak terfikir oleh kita akan apa yang akan dilakukan seterusnya dan seterusnya.

Lihat sahaja Amanat yang keluarkan pada tuhun 1981 di Banggol Peradung, Manir. Akibat dari amanat tersebut perpaduan ummat islam di negara ini berpecah..hancur.. orang PAS dan UMNO bertelagah sesama sendiri. Banyak lagi perkara buruk yang berlaku akibat amanat tersebut.

Kini timbul pula video terbaru yang di muat naik ke youtube. Satu lagi sedutan ceramah Haji Hadi yang mentafsirkan surah Al-Baqarah ayat 251 dengan Maksud 

"Kalau Tuhan tidak menjadikan manusia bergaduh, nescaya muka bumi akan rosak". 
 
Ayat 251 surah al-Baqarah ini diselewengkan maksud dan ayat cerita Nabi Daud a.s. membunuh Jalut menjadi ayat hukum HARUS bergaduh.

Mengikut maksud sebenar ayat tersebut adalah seperti berikut:

 "Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Jalut) membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintah, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam".




Ayat tersebut sebenarnya menyatakan jika tidak  kerana masih ada sebahagian hamba yang beriman dan setia nescaya telah rosak binasalah bumi ini.

Apakah kerana pentafsiran ini yang menyebabkan penyokong PAS selalu bertindak agresif dan sering menimbulkan kekecohan dalam banyak aktiviti yang mereka lakukan seperti yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud???  Dalam bersh 3.0 dan lain-lain lagi. 

Begitulah PAS.... bermacam-macam perkara pelik dilakukan untuk meraih simpati, menaikkan semangat serta meraih undi.... sanggup melaga2kan ummat islam di sini supaya bergaduh???



1 comment:

  1. Salam mohon dipautkan blog MMI mahamissa.blogspot.com terimakasih.

    ReplyDelete