Sunday 24 March 2013

KENA TAHU!!!! KERAJAAN PAS MENGKHIANATI RAKYAT KELANTAN???




Itu beza antara Kerajaan yang banyak cakap dengan Kerajaan yang buat kerja.


Kalau ada jugak yang nak tuduh Kerjaaan Barisan Nasional kerana sekat peruntukan, cuba tanya balik apa yang Kerajaan Negeri buat dengan peruntukan yang Kerajaan Pusat beri di bawah Kumpulan Wang Amanah Pengurusan Jalan Negeri.

MyMassa tak suka berhujah menggunakan bukti rekaan semata-mata seperti mana yang sering dilakukan oleh Harakah. Kali ini MyMassa menggunakan LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA untuk Negeri Kelantan. Mari kita tengok fakta ini.



Sepanjang tahun 2009-2011, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukan sebanyak RM259.73 juta untuk negeri Kelantan bagi menyelenggara jalan-jalan di negeri Kelantan. Daripada peruntukan Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, wang tersebut bukan sahaja diberikan kepada Jabatan Kerja Raya malah Pejabat Tanah dan Jajahan serta Pihak Berkuasa Tempatan (di bawah Kerajaan Negeri) juga mendapat peruntukan tersebut.


Apa yang MyMassa nak maklum kepada pembaca, bahawa tidak semua peruntukan Kerajaan Persekutuan dibelanjakan oleh Kerajaan PAS Kelantan. Berikut adalah penemuan audit:



Jika Kerajaan PAS Kelantan hanya menyalurkan kurang daripada separuh (42.9%) Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri, tidak hairanlah kenapa ada jalan di negeri Kelantan kurang memuaskan. Sepatutnya Kerajaan PAS Kelantan boleh menyediakan jalan yang lebih baik dengan menggunakan peruntukan dari Kerajaan Persekutuan. Tetapi malangnya wang yang diberi hanya disimpan dalam perbendaharaan Negeri. Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS yang menerajui Kerajaan Negeri turun berceramah dengan MENFITNAH UMNO SEBAGAI KERAJAAN PERSEKUTUAN MENYEKAT PERUNTUKAN KEPADA RAKYAT KELANTAN!!!

MyMassa yakin ramai rakyat Kelantan dapat menilai siapa sebenarnya yang menzalimi rakyat negeri tersebut. Adakah UMNO dan Barisan Nasional yang tidak menyalurkan peruntukan atau Kerajaan PAS Kelantan sendiri GAGAL MENGURUS DANA PERSEKUTUAN DENGAN BAIK DENGAN HANYA MEMBELANJAKAN 42.9% DARI PERUNTUKAN YANG DIBERI.


Jadi terpulang kepada pembaca sama ada nak pilih yang berceramah sana sini macam PAS atau pilih BN yang kurang berceramah tapi kerja jalan.



SUMBER

No comments:

Post a Comment