Sunday 31 March 2013

KONVOI PEMBANGKANG: MANA 500 ORANGNYA??? TAK RETI KIRA KE???



KUALA LUMPUR – Beberapa penyokong pembangkang termasuk daripada golongan mahasiswa menyertai Konvoi Gelombang Anak Muda Tolak UMNO/BN (TOLAK) hari ini.Konvoi yang bermula di Dataran Shah Alam, Selangor itu dilaporkan bergerak ke Dengkil bagi mengedar risalah berbaur hasutan supaya menolak BN dan khususnya UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Lebih membimbangkan apabila mynewshub.my difahamkan peserta kovoi itu akan turut bergerak ke kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan satu memorandum.

Penganjur TOLAK melalui satu kenyataan media mendakwa memorandum itu bertujuan mengesa Perdana Menteri membubarkan Parlimen dengan segera bagi memberi laluan kepada PRU13 diadakan.

“Lebih 500 anak muda berkumpul hari ini menunjukkan protes bahawa anak muda sudah muak dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Anak muda ingin tukar kerajaan, mahu Malaysia yang baharu,” dakwa Pengerusi TOLAK, Muhamad Azan Safar melalui kenyataan sama.

Dakwaan Muhamad Azan mengenai jumlah peserta yang menyertai konvoi itu bagaimanapun menimbulkan keraguan kerana gambar pelancaran konvoi yang turut disiarkan menerusi kenyataan sama memberi gambaran sebaliknya.Pemerhatian mynewshub.my terhadap gambar berkenaan mendapati hanya kira-kira 50 orang menyertai konvoi tersebut sedangkan Muhamad Azan mendakwa 500 menyertainya.

Mynewshub,my juga difahamkan konvoi itu akan mengadakan siri jelajah ke semua negeri bermula 6 hingga 14 April ini. – mynewshub.my

No comments:

Post a Comment