Friday, 22 March 2013

MENJELANG PRU13: PAS PARTI PATUNG

Salam buat semua....




PAS memang terkenal dengan usikkan "bagai lalang ditiup angin", "Kluk-klek" dan macam-macam lagi yang menunjukkan bahawa parti itu tidak berpendirian apabila menangani satu-satu isu.

Lihat saja isu kalimah ALLAH. Sehingga ke hari ini, Haji Hadi, selaku Presiden PAS masih belum menyatakan pendirian beliau selepas menerima tamparan hebat apabila keputusan beliau untuk mengikut telunjuk Anwar dengan membenarkan penggunaan kalinah itu oleh orang bukan islam disanggah Dewan Ulama yang dipengerusikan oleh Nik Aziz.

Haji Hadi mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri. 


Kemudian nada Anwar kembali menyerlah bila Ketua Dewan Ulama Pas Pusat , Datuk Harun Taib membuat kenyataan bahawa para wira yang terkorban dalam pertempuran dengan pengganas sulu yang masih lagi belum berkesudahan adalah syahid  dunia bukan syahid dunia akhirat. Kenyataan yang mengguris hati umat islam di negara ini.


Angin tertanya apakah pula mati Ibrahim Libya ketika tragedi Memali? Apakah benar beliau suahid sehingga dikebumikan tanpa disembahyangkan dan dikuburkan dengan pakaian yang masih berdarah.

Teringat pada ucapan seorang penceramah dalam satu majlis, katanya 7 golong manusia yang tidak akan mencium syurga antaranya adalah rakyat yang menentang pemimpinnya.Tidakkah Allahyarham Ibrahim Libya menentang pemimpin dan kerajaan yang juga beragama islam??

Kita kembali semula ke perbincangan asal.

Bagi Angin, PAS  hanyalah parti "PATUNG" yang diatur oleh seorang pencerita. Apabila pencerita menghayun patung ke sana maka ke kanan lah geraknya, jika ke kiri maka ke kirilah tempatnya.

Ianya jelas dengan insiden-insiden isu yang sebenarnya tidak menyebelahi Parti itu. Seperti isu Kalimah Allah yang diulas di atas. Banyak lagi isu lain seperti sambutan Maulidur rasul. PAS terpaksa "merestui" apa keputusan yang dibuat oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang sehingga Kelantan tidak menyambutnya.

Sebaliknya Nik Aziz pula telah ke rumah Karpal untuk menyambut ulang tahun kelahiran beliau.

Ini Patung di satu bulatan di Kuala Terengganu yang dirobohkan apabila PAS memerintah
Bagai terkenang patung Penyu yang pernah menjadi tarikan di Kuala Terengganu. Apabila PAS memerintah pada tahun 1999 mereka membuat fatwa bahawa semua "patung" perlu di robohkan. Lalu dirobohkan patung tersebut. Rakyat ketika itu tertanya-tanya mengapa hanya patung penyu itu yang dirobohkan tetapi patung sotong di tempat Haji Hadi di Marang langsug tidak dirobohkan.

Patung sotong yang tidak dirobohkan semasa pemerintahan PAS

Lebih letih memikir apabila sebuah kerajaan negeri membuat keputusan untuk meroboh sesuatu tetapi langsung tidak ada perancangan untuk mencantikkan kawasan itu. Bulatan penyu dibiarkan kosong sepanjang PAS memerintah. 

Selepas Barisan Nasional kembali memerintah, Bulatan penyu telah ditukarkan dengan Batu Bersurat sesuai dengan negeri Terengganu yang terkenal dengan anjung ilmu.


Kini isu patung kembali... lebih dashyat apabila kini ada terdapat patung manusia pula yang sedang memegang bendera PAS. Hebat parti itu sekarang. Mungkin dah tak ada manusia yang nak pegang bendera parti. Hanya Patung sahaja yang layak pegang bendera mereka. 

Sesuailah dengan parti itu yang sememangnya parti "Patung-Patung"      


No comments:

Post a Comment