Thursday 21 March 2013

DATUK SHAZRYL ESKAY DITAWAR WANG YANG BANYAK UNTUK MENAFIKAN VIDEO CHINA DOLL


Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik mendakwa ada pihak-pihak yang sedang mendesak dan cuba merasuah ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay

Abdullah agar menafikan pembabitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video lucah yang disahkan pakar melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan seorang wanita dipercayai warga negara China.

Beliau berkata, Datuk Eskay dijanjikan wang dalam jumlah yang banyak jika bersedia untuk menandatangani akuan bersumpah untuk menafikan kesahihan video berkenaan.

Beliau bagaimanapun berkata, sogokan yang dijanjikan itu tidak membawa apa-apa makna.

“Kami Datuk T not for sale,” kata beliau dalam sidang media pagi ini.

Eskay bagaimanapun tidak hadir pada sidang media berkenaan atas faktor keselamatan selepas pergerakan beliau semenjak dua dikesan diekori pihak tertentu.

Abdul Rahim sekali menegaskan bahawa lelaki dalam klip video bersama seorang pelacur itu adalah Anwar.

Petikan paling menarik beliau pada sidang media pagi ini ialah;

“You ulang I saman you….samanlah,” katanya.

Walaupun Anwar sering berkelakuan hero dengan pantas menyaman Utusan Malaysia dan TV3 dalam pelbagai hal, namun sehingga hari ini belum berani menyaman Eskay.

Tingkah laku Anwar itu menimbulkan persoalan kerana ramai melihat Anwar bimbang lebih banyak butiran dirinya akan dideahkan di mahkamah jika menyaman Eskay.



Selain Abdul Rahim dan Eskay, seorang lagi Trio Datuk T yang mula-mula membongkar skandal Anwar dengan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim.

Video berkenaan mula ditayangkang kepada kumpulan media pada Mac 2011.

-Mynewshub

No comments:

Post a Comment