Saturday 23 March 2013

PAKATAN RAKYAT : MANTAP!!! MEREKA KATA MEREKA BERSAMA TAPI MEREKA BEREBUT KERUSI!!!!!



Seberang Takir telah lama menjadi kubu kuat UMNO dan BN. Ini di akui sendiri oleh pihak PAS yang telah lama idamkan kerusi Seberang Takir. Pada kebiasaanya kerusi ini di tandinhi oleh pihak Pas tetapi sejak berlakunya pakatan diantara parti pembangkang maka Seberang Takir di berikan kepada PKR pada tahun 2008.

PKR juga tewas dengan majoriti yang lebih besar dari PAS. Pada PRU ke 12, selepas di umumkan kerusi di berikan kepada PKR. JENTERA PAS lumpuh sama sekali. Markas-markas di tutup dan tidak di buka.

Sehinggalah pemimpin kanan dari Pas iaitu Mustapa Ali memujuk mereka untuk bekerja walaupun di tolak oleh sebahagian besar kepimpinan dan ahli PAS. PROTES ini telah di zahirkan pada waktu mengundi yang maner PKR te2as dengan majoriti 2350 yang mana sebelum ini Pas hanya tewas 1800 sahaja.

Petunjuk ini telah di berikan pada ParU13 kepada pemimpin PAS agar kembalikanan kerusi DUN N11 Seberang Takir kepada PAS atau akan ada undi protes yang lebih besar pada PRU13 nanti.

Sekali lagi bukti protes di berikan kepada banner yang telah di letakkan di kampung Kubang Badak pada baru-baru ini. BANNER itu menyatakan yang mereka tolak PKR dan mahukan N11 Seberang Takir menjadi milik PAS. Dari sumber dalaman PAS mereka perlukan kerusi itu untuk kurangkan Undi untuk menangi Parlimen.

 Tetapi malangnya kerana inginkan kompromi maka kerusi itu di serahkan kepada PKR yang jelas tidak ada jentera dan kekuatan 100 peratus bergantung kepada jentera PAS. Mereka juga berkata undi protes akan lebih parah dari sebelumnya jika PKR masih bertanding di Seberang Takir.

Macamane mereka hendak memerintah jika pengurusan kerusi pun mereka tidak boleh buat keputusan. Inilah Pakatan rapuh yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi masalah dalaman penuh dengan kekusutan.

No comments:

Post a Comment