Thursday, 21 February 2013

AKHIRNYA RAJA BAHRIN MEROYAN??


Salam buat semua....



Episod duka Raja Bahrin sampai ke kemuncak semalam semasa majlis penyampaian  kunci Pangsapuri Ladang Gemilang 2.  Jika sebelum ini Raja Bahrin menggunaka isu sewa dan hak penduduk kampung Ladang Tok Pelam yang kini timggal di Pangsapuri Ladang Gemilang 1 sebagai tiket untuk menjadi YB, kini semuanya dah hancur.

Isu itu juga telah diselesaikan semalam apabila YAB Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa Pangsapuri Ladang Gemilang 1 akan menjadi milik penghuni selepas tamat tempoh 3 tahun membayar "sewa" seperti perjanjian asal.



Satu Majlis menandatangani perjanjian sewa beli akan diadakan selepas bulan September iaitu bulan terakhir tempoh 3 tahun itu.

Lebih beruntung ialah jumlah sewa yang dibayar setiap bulan sebanyak RM220.00 (bayaran bulanan RM300.00 tolak maintenance RM80.00) akan dikumpul sebagai bayaran pendahuluan kepada perjanjian sewa beli tersebut.

Maka sebagai Kerajaan Rakyat (Janji Ditepati) segala keluh kesah penduduk selama ini terjawab. Memang suatu ketika dahulu MB Terengganu telah memberi jaminan bahawa rumah di pangsapuri itu akan menjadi milik penghuni satu masa nanti tetapi apabila ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab datang menghasut, mereka menjadi keliru dan marah.



Tapi semalam semua penduduk menarik nafas lega. Apalagi harga pasaran satu unit Ladang Gemilang 1 ialah RM150,000 tetapi atas keprihatinan kerajaan subsidi yang diberikan ialah RM75,000. Maka rumah yang begitu selesa itu hanya bernilai RM75,000 sahaja.

Mana ada pangsapuri dalam bandar yang tersergam indah sebegitu dijual dengan harga begitu rendah. HANYA KERAJAAN BARISAN NASIONAL TERENGGANU yang melakukannya demi rakyat.

Akhirnya Raja Bahrin benar-benar kena berfikir berpuluh kali lagi untuk menjadi YB di Kuala Terengganu. Semua isu yang cuba dimanipulasikan tidak menyebelahi beliau.

Semoga Raja Bahrin dapat berkhalwat seketika untuk mendapat "wahyu" baru samada meneruskan niat untuk menjadi YB. 

No comments:

Post a comment