Monday, 18 February 2013

USTAZ HARON DIN PULA MENGUGUT PIMPINAN PAS???


Salam buat semua...


Baru-baru ini kecoh seentero Malaya bumi bertuah bila banyak blog-blog menyatakan Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Haron Din keluar dari parti itu.

ALCS juga menulis tentang cerita tersebut pada 15 Februari yang lalu. Cerita itu ALCS ambil dari satu portal yang terkenal dari Terengganu iaitu Terengganu Today.

Tiba-tiba semalam Angin terima satu sms semalam yang berbunyi
"Harun Din telah keluar pas. Kenyataan rasmi dari harun din masih blum dibuat. Ini kerana harun din dikatakan akn bergabung dgn hassan ali & harun taib - pengerusi jawatankuasa syura pas. Satu sidang media khas akan diadakan 26 feb atau selewat2nya 1 mac dengan memanggil semua Ngo Islam menerangkan isu kalimah allah, libralism dan isu-isu semasa dlm Pas yang mnuntut PAs membuat ketetapan sama perlu keluar PR atau pun berdepan dgn kemungkinan pengisytiharan ahli keluar dr parti secara beramai2"

Jadi kita tunggu sajelah apa yang akan berlaku nanti. Kalau dilihat senario, berkemungkinan besar perkara ini akan berlaku. Apalagi apabila Ustaz Haron Din sendiri menyatakan bagaimana beliau telah di maki hamun bersabit pendirian beliau yang menentang sikap ambil mudah sesetengah ummat islam dalam mempertahankan kalimah ALLAH.   

Beliau bertegas akan mempertahankan kalimah ALLAH sehingga ke akhir hayat. Di dalam video di bawah jelas kelihatan bagaimana Ustaz Harun Din begitu kecewa dengan sebahagian pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat yang tidak bertegas dengan isu ini.


Jadi tidak mustahil beliau akan mengumumkan keluar parti PAS dalam masa terdekat. Mungkin benar apa yang di smskan kepada ALCS. Kita tunggu dan lihat...

Lagi kisah Harun Din di maki di SINI

No comments:

Post a comment