Friday, 15 February 2013

KENAPA UNDI PAS HARAM... APAKAH INI BUKTINYA??

Salam buat semua...



INGAT DOK LAGI,EXCO NEGERI TIDAK BACA AL FATIHAH SOLAT JUMAAT DAN BUAT SUJUD SAHWI.

PERSOALANNYA BOLEHKAH RUKUN DIGANTI DENGAN SUJUD SAHWI?

SUATU PERISTIWA YANG PELIK TETAPI BENAR, tetapi ia adalah realitI yang benar-benar berlaku di MAJSID KAMPUNG LINGAI, DUN BATU RAKIT.

Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang datang mengambil alih tugas Imam asal bagi mengimamkan Solat Jumaat di Masjid Pecah Rotan pada 15 September 2000 TIDAK MEMBACA AL FATIHAH dalam solat berkenaan.

Bagi penduduk dan para makmun yang menunaikan Solat Jumaat pada hari tersebut di masjid berkenaan tentu tidak lupa perkara tersebut. Mungkin kerana keghairahan dengan kemenangan dan terlalu gembira MENDAPAT KUASA, Ahli Dewan Undangan Negeri merangkap Exco Kerajaan Negeri TERTINGGAL perkara RUKUN dalam Solat.

Itulah disebabkan kurangnya rasa syukur ke hadrat Allah dan sikap yang berpura-pura dalam beragama mengundang malu kepada Adun tersebut dan penyokongnya yang membuta tuli. Penulis yakin makmum yang hadir bukannya bodoh sangat dalam bab sembahnyang dan penulis juga percaya sangat orang yang benar-benar dibelakang imam (Adun) adalah imam yang asal. Adakah imam tersebut tidak tahu cara-cara menegur 'imam' yang tersalah lantas membiarkan sahaja kebodohan Adun berkenaan.

Adakah imam asal tidak mengetahui yang mana satu rukun dan yang mana satu sunat. Ngaji biar habis...jangan sampai nila setitik rosak susu sebelanga. Jangan kerana Adun yang hipokrit dalam sembahyang, tak sah sembahnyang semua makmum.

Sedangkan Bacaan fatihah adalah bacaan rukun di dalam sembahyang, ini berdasarkan hadis ang diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Ahmad:لا صلاة لمن لم يقرأ بفاتحة الكتاب Maksudnya: Tidak wujud sembahyang yang sah bagi mereka yang tidak membaca fatihah dalam sembahyangnya

Seorang Exco Kerajaan lain yang bertaraf ‘Ketua Ulamak parti berkenaan” dalam satu Persidangan Dewan Undangan Negeri cuba mempertahankan rakannya dengan mengatakan Adun itu (yakni rakan sejawatnya) membaca al-Fatihah secara perlahan dan tidak didengari oleh makmun.

Tetapi sokongan dan usaha mempertahankan puaknya itu membawa rebah kerana beliau tidak mengetahui bahawa rakan Exconya itu membuat sujud sahwi di akhir solat Jumaat itu- yang membawa makna benarlah Exco Kerajaan yang bergelar Ustaz itu tidak membaca Al-Fatihah.

Sama ada dibolehkan atau tidak sujud sahwi bila meninggalkan rukun dalam Solat itu juga menjadi persoalan?

Ini kerana menurut jawapan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu tahun yang diterbitkan pada tahun 1988, berkaitan perkara ini berbunyi: Maka sesuatu fardu(rukun) yang tertinggal dengan lupa tidak boleh diganti dengan sujud sahwi atau dengan lainnya daripada perkara-perkara sunat sembahyang, bahkan hukumnya kiranya orang yang sembahyang itu teringat sebelum salamnya wajib ia mengerjakan yang tertinggal itu dengan serta merta kerana hakikatnya sembahyang tidak sempurna tanpanya.


Ini bermakna...Adun atau Exco Kerajaan Negeri benar-benar tidak membaca Al-Fatihah rukun solat- dan bila beliau menggantikan dengan sujud sahwi pun tidak betul kerana hukum menetapkan tidak boleh sesuatu yang rukun atau fardhu diganti dengan sujud sahwi, hendaklah dibaca semula apabila disedari tertinggal.

Sumber : SINI

No comments:

Post a comment