Saturday, 23 February 2013

GILE!!!PENGACAU MENGAMUK, VAN TERBAKAR???


Salam buat semua.....


Semasa semua orang sedang sibuk di tapak program Janji Ditepati. Tiba-tiba Angin mendapat gambar-gambar sebuah van terbakar di hadapan Bangunan Tabung Haji Jalan Sultan Ismail Kuala Terengganu.

Angin bergegas ke sana kerana ada degnar cerita yang tak sedap di dengar. Khabar kata van itu milik UMNO.

Adeh!!! rupanya  van milik Kuala Terengganu Golf Resort. Menurut Encik Martin, Pengurus Resort, beliau dan pemandu sedang menuju ke syahbandar. 


"Sampai di sini, tiba-tiba ada bunyi kuat saya ingat tayar pecah. Kami berdua keluar untuk periksa. Ternyata ke empat-empat tayar okay saja. Tiba-tiba keluar asap dari bahagian depan van kami terus menjauhkan diri dan menalipon bomba".

Menurut Encik Martin lagi, berlaku satu letupan dari bahagian hadapan van dan bersama api yang marak. Bomba tiba lebih kurang sepuluh minit selepas itu dan mengambil masa 5 minit untuk memadamkan api.

Menurut Encik Martin lagi, van milik resort itu sebenarnya baru sahaja di ambil dari bengkel yang terletak di Gong Badak.

Angin : Fuh!!! Lega.. ingat angkara gagak hitam tadi.... jangan marah!!

No comments:

Post a comment