Tuesday 19 February 2013

PR UMUM PENIPUAN LAGI ISNIN DEPAN???

Salam buat semua...




Ketika melayari internet, Angin tertarik dengan artikel yang dimuat naik oleh  Mstar dengan tajuk " Pakatan Rakyat Umum Manifesto Piliharaya Isnin Depan".

Apa yang menariknya PR sekali lagi akan menjaja janji-janji manis seperti nyanyi artis pujaan PAS, Aishah "Janji Manismu" . Manifesto itu akan meneruskan janji  untuk membentuk negara berkebajikan seperti yang telah dipersetujui oleh PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat sebelum ini.

 "Pelancaran itu akan menjadi testimoni kepada pengundi bahawa pakatan masih lagi lagi kuat untuk menghadapi pilihan raya disebalik cabaran yang dilontarkan oleh pesaing politik kami," kata Datuk Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR.

Saifuddin berkata persiapan untuk menyiapkan manifesto Pakatan kali ini lebih mudah kerana semua parti mempunyai perjanjian persefahaman dalam isu berkaitan dengan kedudukan Raja-Raja Melayu, Islam dan bahasa kebangsaan dan manifesto tersebut merupakan garis panduan apa yang akan dilakukan dalam tempoh lima tahun sekiranya pembangkang mendapat mandat.

Namun apa yang menjadi persoalannya ialah bilamana pada  29 Ogos 2012, Menteri Besar Selangor , Khalid Ibrahim menyatakan bahawa MANIFESTO BUKAN SATU PERJANJIAN. Beliau berkata demikian ketika mengulas tuntutan rakyat Selangor  yang mahu tunggakan air percuma berjumlah RM300 juta dilangsaikan oleh Kerajaan PKR Selangor.

Dari kenyataan tersebut, jelas bahawa Pakatan Rakyat mengganggap apa yang termaktub di dalam manifesto mereka hanyalah satu umpan untuk mengail ikan. Umpan tersebut perlulah dilihat sedap dan mengiurkan. Apabila ikan sudah mengena mereka akan terus menyiang dan menggoreng di dalam kuali.

Jadi mengapa mereka begitu tidak malu untuk mengumumkan manifesto mereka pada hari isnin ini? Apakah mereka ingat rakyat masih dungu dan terus boleh dikuda-kudakan oleh mereka dengan janji-janji mereka yang pada bila-bila masa boleh diingari atau ditong sampahkan?

Hakikatnya mereka aku terus menaburkan janji-janji manis bukan sahaja dalam sekeping kertas atau di dalam buku bewarna jingga atau di pentas-pentas ceramah untuk menggula-gulakan pengundi dan kemudiannya pada bila-bila masa mereka akan sedap mulut menjawap bahawa apa yang mereka tulis, bukukan atau ucapan mereka bukan satu janji yang perlu mereka tepati.

No comments:

Post a Comment