Tuesday, 26 February 2013

TIADA HUDUD DALAM MANIFESTO: BUKTI PAS BOHONG


Salam buat semua...


Sudah bertahun PAS berjuang untuk menjalankan undang-undang hudud di Malaysia. Hudud adalah modal utama PAS sekian lama. Haji Hadi, pernah mengeluarkan amanat agar menolak Barsan Nasional kerana mengekalkan undang-undang inggeris. Amanat yang mengakibatkan berlaku pertumpahan darah di Memali.

Namun apabila memerintah Terengganu pada tahun 1999 - 2004, PAS tidak melaksanakan undang-undang tersebut dan menuding jari kepada Barisan Nasional yang kononnya tidak membenarkan undang-undang tersebut dijalankan.

Walaupun pernah ditanya mengapa tidak melaksanakannya, Hadi menyebut bahawa Hudud hanya 0.00001% kepentingannya.

Tak mengapalah...

Pembangkang menyatakan bahawa peluang mereka memerintah Malaysia telah tiba dalam PRU13 yang semakin hampir ini. Inilah peluang PAS untuk melaksanakan hudud sekiranya Pakatan Rakyat menang. PAS telah ada kuasa ketika itu. Boleh buat apa saja yang diperjuangkan.

Namun belumpun menang, PAS sudah membuktikan bahawa mereka sebenarnya berbohong. Manifesto Pakatan Rakyat semalam langsung tidak menyebut tentang hudud. Bertahun mereka berjuang, akhirnya mereka gagal melaksanakannya walaupun jika mereka menang.

Pembohongan PAS bertahun lamanya kini terserlah. PAS sebenarnya tidak berjuang untuk melaksanakannya. Mereka hanya menggunakan Hudud untuk menarik pengundi dan pastinya boleh menjadikan mereka bergelar Yang Berhormat. Banyak untungnya bila jadi Yang Berhormat. Mereka bukan berjuang untuk ISLAm tetapi sekadar untuk kepentingan mereka sendiri.        

Angin berharap penyokong yang selama ini terlalu taksub dapat melihat pembohongan yang begitu lama ini. Bukalah minda dan hati untuk melihat kebenarannya.

No comments:

Post a comment