Monday, 11 February 2013

UMNO - KEKAL SEBAGAI WADAH JIHAD


Salam buat semua...


Baru-baru ini Datuk Mustapha Taib datang berceramah di tempat Angin.... Angin ambil sedikit isi ceramahnya untuk kita sama-sama renungkan...
"Nampaknya pejuang Parti Islam di Malaysia tidak faham, mereka sangka jika UMNO jatuh maka timbullah PAS ganti UMNO. Ini semua timbul kerana kebodohan manusia dari segi sejarah. Tidak faham dari segi kifarah ALLAH.

Tuan-puan,

Dosa rakyat terhadap pemerintahan ISLAM, menetang, melawan.... Nabi kata tidak berkumpul (demonstrasi) ummat ISLAM  dengan tujuan untuk menghina pemerintah maka bangsa itu akan dihina ALLAH didalam dunia lagi.

Bertaubatlah....bertaubatlah tuan-puan, kembalilah kepada perjuangan ISLAM yang sebenar dan bukan perjuangan Parti Islam. Tidak ada cacat celanya Parti UMNO sekarang ini. Walaupun dalam perjalanan Parti UMNO ini sejak ditubuhkan sehingga kini, sampai bila-bila pasti ada kecacatan dari segi individu yang menjadi pemimpin. Individu itu yang bersalah.... bukan parti UMNO. Parti UMNO kekal sebagai wadah perjuangan, kekal sebagai wadah jihad, kekal sebagai wadah amal soleh kepada umat ISLAM, bangsa melayu dalam bumi Malaysia ini tuan-puan.

Nabi mengatakan " Syurga yang kamu mohon, disediakan hanya kepada mereka yang TAAT". Siapakah yang taat??

1) Anak yang TAAT kepada ibubapanya.
2) Murid yang TAAT kepada gurunya
3) Isteri yang TAAT kepada suaminya
4) Pegawai yang TAAT kepada Majikannya
5) Rakyat yang TAAT kepada Pemerintahnya
6) Ummat yang TAAT kepada Rasulnya
7) Hamba yang TAAT kepada ALLAH

7 peringkat inilah yang akan menjadi penghuni Syurga... Syurga bukan kerana HAMBLUMINALLAH sahaja.... 

Neraka yang kamu tidak mahukan itu disediakan kepada orang-orang yang menentang.... siapakah orang yang menentang??

1) Anak yang menentang ibubapanya
2) Murid yang menentang gurunya
3) Isteri yang menentang suaminya
4) Pegawai yang menentang majikannya
5) Rakyat yang menentang pemerintah
6) Ummat yang menentang Rasulnya
7) Hamba yang menentang ALLAH
Mereka ini tidak bersyukur sebab yang bermaksud tidak bersyukur nikmat.

Sebab itu percayalah tuan-puan .... tidak ada cacat cela sedikitpun dalam perjuangan parti UMNO...kerana tuan puan telah berada dalam Jemaah ISLAM yang sebenar."
  


Angin : Jadi bagaimana perjuangan sahabat-sahabat dalam PAS?? Mereka menentang pemerintah.... Menarik nafas.. beristigafar..... Ya Allah, sesungguhnya aku berjuang demi Agamamu.... Aku memohon kepadamu Ya Allah, berikah kemenangan kepada kami.

No comments:

Post a comment