Monday, 25 February 2013

Ex-YB PAS RAYU AGAR BELIAU TIDAK DILONDEHKAN???



Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat semakin terdesak!
 
Keresahan 1,080 ‘Peserta RTB Bandar Ketengah Jaya’ yang menuntut supaya wang mereka berjumlah kira-kira RM1.4 juta dikembalikan dibalas dengan ungkapan ‘UMNO Fitnah’ serta ugutan saman.

Ungkapan yang disifatkan sebagai ‘jahat kuasa dua’ itu diungkapkan melalui status Facebooknya, Saiful Bahri.
Nasib ahli keluarga peneroka Felda yang mendakwa ditipu itu dibalas dengan ugutan saman, ungkapan UMNO memfitnah serta ajakan untuk berdebat oleh Satiful Bahri.

Salah seorang mangsa penipuan, Adnan Bin Mansor dari Felda Kertih 4, menunjukkan bukti kepada TerengganuToday bahawa dia telah dipersetujui untuk menyertai Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) melalui surat bertarikh 8 Februari 2004.

Dalam surat yang dikeluarkan Pejabat Tanah Dungun itu, Adnan dijemput untuk menghadiri satu majlis undi lot diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya pada pukul 9.00 pagi.

Dalam majlis itu, peneroka Felda terbabit diminta menjelaskan baki bayaran sebanyak RM310 seorang melalui surat pada Februari 2004.

Jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM1,290 dibayar kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate sebelum 1 Mac 2004, iaitu tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-11 diadakan pada bulan yang sama.

Berita dan gambar dan bukti selanjutnya di SINI

No comments:

Post a comment