Wednesday, 13 February 2013

NERAKA BALASAN JIKA UNDI PAS????

Salam buat semua...

Gempar hari ini.... tersentak bila membaca artikel yang
dikeluarkan oleh sebuah Akhbar arus perdana dengan tajuk "ULAMA KELANTAN ISYTIHAR HARAM UNDI PAS PADA PRU13". 

Kenyataan yang dibuat oleh Minda Pondok,  Ustaz Muda Membela Agama dan Tanahair (ummati), Ikatan Cendikiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita hari ini mengisytiharkan bahawa memberi undi kepada PAS dalam PRU 13 ini adalah HARAM.

Mereka menegaskan bahawa perjuangan menentang PAS adalah JIHAD kerana sokongan Parti itu kepada DAP yang merupa parti cauvanis yang menolak Islam. 

Pengasas Pondok Geting yang merupakan penasihat kepada Minda Pondok pula menegaskan bahawa PAS perlu ditolak kerana menyokong ANWAR IBRAHIM yang terang-terangan menyokong penggunaan Kalimah ALLAH oleh orang bukan ISLAM sekalipun Majlis Syura Ulama PAS telah menegaskan sebaliknya.

Kenyataan ini adalah sama dengan apa yang disuarakan oleh Penceramah Datuk Mustapha Taib yang meminta agar penyokong PAS bartaubat dan kembali kepada ajaran ISLAM sebenar dan bukan ISLAM Parti. 

Katanya ketika berceramah di Kuala Terengganu sabtu yang lalu, berjuang di dalam PAS tidak mendapat pahala sedikitpun malah sebaliknya berdosa besar. Ini kerana dalam konteks Malaysia, PAS bukan Jemaah Islamiah yang sebenar. Walaupun PAS menganggap bahawa jemaah lain yang ada di Malaysia sebagai Jemaah Batilah termasuk UMNO, namun hakikatnya Jemaah Islamiah yang sebenar adalah Jemaah yang bersama dengan pemerintah. Ini bermakna UMNO adalah Jemaah Islamiah yang sebenar.

Beliau juga menyatakan bahawa sememangnya di dalam perjalanan dari tertubuhnya UMNO sehingga kini, pasti ada cacat orang yang memimpin UMNO di sana-sini tetapi Organisasi UMNO tidak boleh dipersalahkan. Kecacatan itu adalah kecacatan individu dan bukan cacat suatu jemaah.

Kesimpulannya, jangan kita terus ditipu oleh mereka yang terlalu bercita-cita untuk menjadi Ketua Negara, berkawan pula dengan seorang insan yang begitu marahkan Jemaah UMNO, dia terlalu berdendam sehingga segala kebaikan dilihat sebagai kejahatan bercampur pula dengan seorang insan yang sememangnya mahu ISLAM dan Melayu hancur dibumi Malaysia ini seperti Singapura yang telah dilanggar todak. 


No comments:

Post a comment