Friday 1 March 2013

BALAK : PAKATAN RAKYAT SERANG TERENGGANU UNTUK TUTUP PENYELEWENGAN MEREKA DI KEDAH DAN KELANTA???

SYED AZMAN DAN RAFIZI CUBA HALANG PEMBONGKARAN SALAH GUNA KUASA BERKAITAN BALAK OLEH KERAJAAN PAS



Tetapi ini Syed Azman kehabisan modal lalu membuat tuduhan dan FITNAH untuk menimbulkan kecurigaan rakyat menjelang pilihan raya.

Apatah lagi bila Syed Azman dan Rafizi Strategi PKR dalam tulisan edarannya mengugut supaya bloger atau sesiapa di pihak Umno dan BN supaya jangan membongkar isu seleweng balak oleh Kerajaan Pas Kedah.

Penyelewengan kerajaan Pas di Kedah dan Kelantan amat jelas, begitu juga di zaman Pas memerintah Terengganu terang- dan terbukti diberikan kawasan balak kepada kroni.

Contoh Skandal Balak Kerajaan Pas Terengganu:Misalnya Mesyuarat Exco Kerajaan Pas meluluskan kawasan balak 10 ribu ekar kepada North East Plantation di Hulu Dungun....pemilik syarikat itu ialah Dato’ Hishamudin Yahya Pengerusi akhbar Harakah milik Pas....terang-terang seleweng dan guna kuasa beri balak kepada kroni.

Suzana, gadis berusia 26 tahun yang tiba-tiba baru tubuh syarikat, diberikan kawasan balak tanpa tender oleh Yayasan Terengganu....siapa yang beri Pengerusi Pelaburan Yayasan Terengganu Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas) dan DS Haji Hadi Awang Presiden Pas dan MB Terengganu waktu itu dan pada masa sama adalah Pengerusi Yayasan Terengganu.

Banyak lagi yang akan dibongkar selepas ini tentang penyelewengan balak oleh Haji Hadi, bahkan seorang pegawai khas yang jaga hal ehwal balak di Pejabat MB Terengganu zaman Pas.

Kita akan bongkar di mana surat-surat JSR dan peranan Haji Hadi dan Mustaffa Ali dan YB YB Pas waktu itu.....bertimbun-timbun dalam simpan kita.

Sumber : RAR

No comments:

Post a Comment