Thursday 14 March 2013

TERKINI LAHAD DATU : PENGGANAS SEDANG KEBULUR : JURUCAKAP JAMALUL KIRAM III DAKWA MALAYSIA LANGGAR KONVENSYEN GENEVA



MANILA: Jurucakap Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani berkata, 'Tentera Diraja' mereka kian kekurangan bekalan makanan dan mendakwa Malaysia melanggar Konvensyen Geneva.

Dalam temubual dengan Radyo Inquirer 990AM, Abraham berkata, sehingga jam 2 pagi semalam, pengganas Sulu itu berada dalam keadaan baik.

"Bagaimanapun, mereka menghadapi kesukaran akibat sekatan makanan," katanya.

Menurut Abraham, kerajaan Malaysia sepatutnya memahami bahawa mengikut Konvensyen Geneva, pihak musuh juga perlu diberi makanan.

"Apa dilakukan kerajaan Malaysia ialah menghukum mereka (pengganas Sulu) dan ia melanggar Konvensyen Geneva," katanya.

1 comment:

  1. ehhh...rupanya dalam konvesyen geneva, jika 2 pihak berperang, pihak yg ada banyak bekalan makanan kena pulak berkongsi makanan dengan pihak yg kebulur. lepas beri makanan, dh siap rehat, tidur dan sebagainya, perang semula. lawaknya kiram punya mimpi ni. ko yg datang tempat org, tembak org, kebulur mintak pulak bekalan makanan org. pi mampos la lu...

    ReplyDelete