KUALA LUMPUR (Bernama) -- Bekas tentera, veteran polis dan pemimpin
masyarakat menyifatkan keputusan kerajaan melancarkan operasi bagi
menamatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu hari ini sebagai
wajar bagi mempertahankan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat.
Mereka juga menyifatkan sudah tiba masanya Malaysia bertegas terhadap kumpulan pengganas itu yang jelas tidak mahu penyelesaian secara aman.
Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Datuk Muhammad Abdul Ghani berkata selama ini kerajaan Malaysia sentiasa bertolak ansur dalam menangani isu itu.
"...pendirian tegas ini merupakan satu keadilan untuk semua pihak bagi mempertahankan kemakmuran Malaysia," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.
Pencerobohan di Lahad Datu, Sabah sejak 9 Feb lepas dan merebak ke sebuah perkampungan di Semporna itu telah mengorbankan lapan anggota pasukan keselamatan negara setakat ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pagi ini, berkata kerajaan terpaksa mengambil tindakan sewajarnya demi mempertahankan kedaulatan negara selepas usaha menyelesaikan pencerobohan tanpa pertumpahan darah tidak berjaya.
Sementara itu, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata kerajaan sudah memberi banyak masa untuk berunding dengan kumpulan pengganas terbabit.
"Serangan ini sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi apabila ia melibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan kita yang sebolehnya kita tidak mahu berlaku.
"Masanya telah tiba untuk kita bertindak untuk mengelak lebih ramai anggota kita yang menjadi korban," katanya ketika dihubungi.
Pandangannya disokong Timbalan Pengerusi Biro Keselamatan dan Ketenteraman Awam Majlis Perundingan Melayu Datuk Seri Zaini Mohd Said yang berpendapat telah tiba masanya pasukan keselamatan negara melakukan tindakan balas.
"Walaupun tindakan ini satu risiko yang besar, namun demi keselamatan dan kedaulatan negara maka ianya terpaksa dilakukan. Bukan kita mahukan kekerasan, namun pendekatan secara lembut tidak dilayan, maka keputusan untuk menyerang adalah yang terbaik buat masa ini," katanya.
Mengenai ada pandangan bahawa operasi besar-besaran seperti itu patut dilakukan lebih awal, beliau berkata rakyat perlu yakin keputusan yang diambil kerajaan adalah demi kebaikan semua.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan pula menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama memberi sokongan secara rasional terhadap keputusan kerajaan itu.
"Selama ini kita telah membantu secara terbuka membenarkan mereka (orang Sulu) berada di Sabah mencari nafkah dan kerajaan juga sebelum ini menjadi orang tengah untuk berunding masalah di Selatan Filipina.
"Namun bukan sahaja mereka tidak menyanjung tinggi malahan menyusup masuk dan menembak mati pegawai keselamatan kita yang tidak berniat pun untuk membunuh mereka tetapi mahu berunding," katanya.
Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan pula berkata kerajaan telah memberikan kumpulan pengganas itu banyak peluang untuk menyerah diri namun bukan sahaja tidak diendah tapi turut bertindak menyerang pasukan keselamatan negara.
"Dan saya rasa sebelum keputusan ini dibuat, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar telah berbincang secukupnya,"katanya.
Presiden Parti Makkal Sakti, R.S. Thanenthiran pula meminta 97,000 anggotanya bersembahyang di kuil memohon tuhan memelihara keselamatan pasukan keselamatan negara di Sabah.
"Saya telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepada semua bahagian untuk disebarkan. Ini merupakan tanda sokongan kami kepada pasukan keselamatan yang sedang berjuang demi mempertahankan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, beliau juga berharap kerajaan dapat mengambil tindakan tegas jika terbukti ada pemimpin pembangkang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan tersebut.
-- BERNAMA

No comments:
Post a Comment