Salam buat semua.....
Kita
bertemu lagi... kali ini ayuh kita fikirkan tentang kata-kata yang
pernah diucapkan oleh pemimpin-peminpin PAS berkenaan kerjasama dengan
bukan ISLAM.
Pada bulan Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan telah menghukumkan
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atai haram".
Mungkin
ketika hukum ini dikeluarkan PAS merasakan bahawa Parti mereka telah
cukup kuat untuk memerintah Malaysia. Namun menyedari kelemahan mereka
setelah bertahun-tahun berjuang bersendirian akhirnya mereka
menghulurkan tangan untuk bekerjasama dengan DAP, sebuah parti yang
memang terang-terang menolak ISLAM. Sebagai bukti sila lihat keratan
akhbar dibawah.
Apabila
mula menjalinkan kerjasama dengan DAP, mereka mula terkial-kial untuk
membenarkan kerjasama mereka. Akhirnya untuk menghalalkan kerjasam yang
haram atau takut mereka dituduh kafir, maka pada tahun 1999, Nik Aziz
berkata:
"Siapa
yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti
terima samada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa tolak. Jika
DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh
saya terima" - Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.
Lebih
hebat, PAS bukan saja boleh menerima DAP sebagai rakan kongsi malah
dapat menerima pemimpin DAP sebagai Perdana Menteri Malaysia,
"
Pas boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa,
asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif" - Nik
Aziz Utusan Malaysia 6 November 1999.
Begitulah
pemimpina PAS yang betul-betul Kluk-klek, apabila sesuatu yang tidak
menguntungkan mereka, maka segalanya akan menjadi haram, menjadi tidak
boleh sebaliknya apabila sesuatu itu memberi keuntungan, keputusan
terdahulu akan berubah.
No comments:
Post a Comment