Wednesday, 9 March 2011

APA KEJADAH PEMUDA PAS NI????

Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS
Tilik punya tilik, terbaca plak satu berita dari Malaysian Insider ini. Ketua pemuda PAS Nasrudin Hassan berkata "UMNO : Umpama kata dulang paku serpih". Aku tersenyum membacanya. Mana tidaknya sudah bertahun PAS memainkan isu hubungan UMNO dengan bukan ISLAM. Alih-alih hari ini dia kata UMNO plak kata dulang paku serpih.

Hahaahahahaahaahaaa..bengong betul ler.... Pemuda PAS tidak layak kata macam tu sebab yang bermain dengan isu ini selama ini ialah PAS sendiri. 

 

Siap pula dengan Amanat Haji Hadi di kampung Benggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Amanat ini siap di salin dalam kertas hitam putih untuk diedar oleh puak PAS sendiri.Antara lain amanat itu berbunyi "SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN, PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA BARISAN NASIONAL. KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN PERATURAN KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH.
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA. PERCAYALAH SAUDARA, PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD, DERMA KITA ADALAH JIHAD, DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM.
KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI, KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN, KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU, KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA, TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU".
Namun di nafikan pula dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF pada 21-27 Jun 1999. Lihat di sini.

Sekali lagi PAS cuma main sembunyi-sembunyi.  Bila dah dah nampak sokongan untuk mereka mula berkurangan. Pemuda pulak menyalak mengata orang lain plak yang lebih-lebih.

Sebenarnya PAS dah tak ada isu untuk menyerang UMNO. Jika dulu PAS menggunakan hal-hal agama untuk menyerang tapi kini semua itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Ini kerana setiap kali mereka membuka mulut, bau nafas mereka yang busuk dah dapat di hidu oleh rakyat.Contohnya dulu berkawan dengan MCA/MIC jadi kafir, sekarang mereka sendiri dah berkawan dengan DAP.

So sebenarnya siapa yang lebih-lebih???? Jangan tuding jari pada orang lain sebab diri sendiri belum tentu baik der....!!!!


1 comment:

  1. biasa bro,diaorg tu semuanya betul.UMNO semua nya salah.jgn salahkan diaorg,kang tak masuk syurga baru tau.kekekeke....

    ReplyDelete