Wednesday 9 March 2011

TERKEDU!!!! YB PAS KUALA TERENGGANU DALAM DEWAN CAKAP LAIN LUAR LAIN......


Inilah yang dikatakan lidah puok PAS ni bercabang 2. Bukan orang bawahan tapi pemimpin pun macam tu jugak. Mana taknya bila berada dalam dewan negeri nak tunjuk hero. Sanggup turun padang untuk bantu selesai masalah. Tapi bila berada di tempat lain cakap tak boleh selesai plak.

Sindrom Al-Anwar musuh utama Ummi Hafilda dah berjangkit kepada puok PAS pulak dah. 

Kes ini berlaku di Kuala Terengganu, ramai yang dah tahu Parlimen Kuala Terengganu berada dalam tangan PAS sejak PRK P036 yang lalu.

Maka menang ler si Wahid Endut sebagai YB Parlimen. Dia jugaklah YB DUN Wakaf Mempelam. 2 dalam 1..... 2 elaun ler dia dapat. Tak kisahlah rezeki dia.
Masalahnya, kejadian merempit ni memang banyak berlaku dalam Parlimen Kuala Terengganu. Apa lagi dalan DUN Wakaf Mempelam, best lagi berlaku dekat dengan rumah AlWahidur ni (sebab banyak tidur). 

Dalam dewan negeri dia cakap akan sama-sama turun padang membantu membenteras rempit. Ketua pembangkang negeri plak, setuju bahawa tugas ini tugas bersama pemimpin BN dan PAS. Alih-alih bila di tanya boleh tak membenteras rempit ni, yang berlaku kat rumah dia sendiri,  dia terkedu....selamba plak jawap tak boleh selesai.
Aduh.....senangnya jawap...turun bantu pun tak..jawap ikut sedap jer....berlaku depan rumah pun buat pekak jer.... 

Betullah Pemimpin PAS pemimpin lepas tangan. Asal cukup bulan dapat elaun dah cukup. Rempit ker apa ke serah pada kerajaan. Bila Kerajaan buat semua salah, bila dia buat jadi betul.... ciri pemimpin pening.

No comments:

Post a Comment