Pembohong! Penipu!!! berapa banyak pe, pe, pe dan pe lagi boleh dikatakan pada manusia ning. Cakap sikit punya manis mulut!!!! Dua minggu konon!!!! puih!!! hangin bebenor aku!!!!
Sahabat pembaca sekelian,
Sekali tengok dialah wira, dialah pujaan hati dinda tapi 2 3 4 5 6 kali tengok masyaallah!!!!
Inilah bukti betapa seorang manusia bernama Anwar sebenarnya begitu licik mempermainkan rakyat. Segala janji manis ditaburkan sehingga menitis air liur kalau mendengarnya. Walaupun apa yang terjadi didalam video di atas bukan sebangsa dengan saya tetapi sebenarnya menitis air mata apabila mengenangkan nasib mereka. Mereka ditipu hidup-hidup.
Terkadang terfikir juga, apakah sebenarnya perasaan insan yang bernama Anwar ini jika beliau menonton kembali video di atas? Kenapa dia berdiam diri ketika jentolak mengganas di kampung halaman penduduk yang sebelumnya dia berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu?? Apa sebenarnya perasaan Anwar???
Tidakkah Anwar merasa bersalah?? atau tahukah Anwar apa itu perasaan bersalah??
Sebenarnya saya tidak mempu untuk menulis apa lagi tentang video ini. Perasaan marah dan benci begitu terasa.
Mengapa sebenarnya semua ini berlaku? Apakah ketika Anwar melafazkan janji-janji itu, dia begitu yakin bahawa DAP akan mendengar cakap atau arahannya? Apakah sebenarnya Anwar juga telah tertipu oleh seorang manusia yang bernama Lim Guan Eng?? atau apakah selama ini Anwar cuma menjadi kudaan DAP untuk mendapat P.Pinang??
Contohnya sekarang, ketika Anwar sedang bertarung menghadapi tuduhan meliwat, tidak ada kedengaran sokongan yang diberikan kepada beliau dari DAP, Karpal Singh hanya menjalankan tugas sebagai peguambela, entah berapa bayaran yang Karpal terima, kita sendiri tidak tahu.... betul tak?
Ingatkah rakan-rakan pembaca kepada dialog MAK DARA dalam filem P. RAMLEE, IBU MERTUAKU......??
" Mengapa kau dijadikan sebagai manusia? Bukankah lebih baik kau dijadikan sebagai hewan???"
No comments:
Post a Comment