Wednesday, 16 March 2011

WAJIB TONTON!!!! DEFINASI NEGARA ISLAM DAN MENGKAFIRKAN PEMERINTAH ISLAM

Sahabatku.... Marilah kita sama-sama menonton dan mendengar kuliah ini. Mohon menonton dengan jiwa dan minda yang terbuka. Janganlah kita sempitkan fikirkan kita.... BERHIJRAH DENGAN BERANI BERUBAH!!!!



"SEKIRANYA KAMU MENGKAFIRKAN SESEORANG YANG LAYAK DIKAFIRKAN, KITA TAKUT PERKARA TERSEBUT TERPANTUL KEPADA ORANG YANG BERKATA DEMIKIAN"




"DIZAMAN PEMERINTAHAN SAHABAT RASULULLAH, TIDAK ADA PEMBANGKANG, YANG ADA IALAH KHAWARIJ,KALAU BOLEH PEMBANGKANG DI MALAYSIA BIARLAH HANYA ORANG KAFIR"

Para umara dan ulama sewajarnya dominan dalam aktiviti kehidupan dengan mentasfiyah hati rakyat supaya mereka sentiasa berkeyakinan bahawa menentang penguasa Islam adalah perbuatan haram sebagaimana amaran dari hadis Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam:
 
"Di suatu saat nanti akan muncul seorang sultan (penguasa/pemimpin). Sesiapa sahaja yang hendak menghinakannya, bererti dia telah menikam agama Islam dan tiada pintu taubat baginya kecuali dia mahu memperbaikinya, tetapi dia tidak berdaya memperbaikinya sampai Hari Kiamat". (As-Sunnah, 2/490-492. Ibnu Abi 'Asim.)

"Sultan (penguasa/pemimpin) adalah naungan Allah yang ada di bumi, barangsiapa menghormatinya, Allah akan menghormatinya, dan barangsiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakan dirinya " Hadis ini diriwayatkan dalam berbagai-bagai hadis dari Rasulullah dan diriwayatkan oleh Abu Bakar, Umar, Ibnu Umar, Abu Bakrah, Anas dan Abu Hurairah. Berkata Ibnu Abi Zamanain: "Ini adalah perkataan ahli sunnah". Lihat: Usulus-Sunnah. Hlm. 105-106. Ibnu Abi. Cetakan al-Khanji, Mesir. Lihat: Al-Maqasidul Hasanah, Juz Raf'u Asy-Syukuki fi Mafakhiri al-Muluk. 2/492. As-Sakhawi. (As-Sunnah, Fasal ketujuh berkenaan larangan mencela umara (pemimpin). Ibnu Abi Asim.)
Perkataan "Naungan Allah" bermaksud:
"Allah menghilangkan hal-hal yang membahayakan manusia dengan perantaraan penguasa, sebagaimana naungan yang melindungi manusia dari terik sinar matahari". 
Hadis ini juga merupakan amaran kepada manusia bahawa naungan Allah berbeza dengan yang lainnya, kerana naungan Allah lebih tinggi dan luhur serta paling luas kebaikannya dan manfaatnya. Sehingga Anas radiallahu 'anhu berkata: "Para pembesar sahabat menasihati kami: Janganlah kamu mencerca para umara".

At-Tabrizi meriwayatkan dari Ka'ab al-Ahbar, beliau berkata: "Penguasa adalah naungan Allah yang ada di permukaan bumi, apabila dia melakukan ketaatan kepada Allah, dia akan mendapat pahala dan kamu harus bersyukur. Apabila dia melakukan kemaksiatan kepada Allah, maka dia akan mendapat dosa dan kamu harus bersabar. Janganlah cinta kepada penguasa membuat kamu terjerumus ke dalam kemaksiatan, dan kebencian kepadanya membuat kamu keluar dari ketaatan kepadanya". (Nasihah li-Raii war-Raiiyah. p.65.)

Al-Manawi rahimahullah berkata: "Allah menjadikan penguasa sebagai penolong bagi sekalian makhluk hidup di bumi, maka kedudukannya dijaga dari celaan dan penghinaan agar penghormatan tetap kepada penguasa dan menjadi sebab kemudahan dan bertambahnya bantuan serta pertolongan Allah bagi hambaNya". (Lihat: Faidhul Qadir 4/134.)

Sahl bin Abdullah at-Tusturi rahimahullah berkata: "Manusia sentiasa dalam kebaikan jika masih menghormati penguasa/pemerintah dan ulama. Jika mereka masih menghormati dua komponen umat Islam ini, maka Allah akan memperbaiki urusan dunia dan akhirat mereka. Seandainya mereka meremehkan dua komponen ini, akan rosaklah kepentingan dunia dan akhirat mereka". (Lihat: Tafsir Qurtubi 5/260-261.)

Ibn Abi Asim mengkhususkan satu bab dalam kitabnya dengan judul: "Perintah Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa-Sallam Agar Bersabar Ketika Mendapati Tingkah Laku Penguasa Yang Tidak Baik". (As-Sunnah 2/523. Ibnu Abi Asim.)

Imam Nasaii rahimahullah juga memperuntukkan bab di dalam kitabnya yang berjudul: "Perintah Bersabar Ketika Menghadapi Kezaliman Penguasa, Kerakusan Dan Perbuatan Monopoli Pemerintah". (Syarah Muslim. 12/235. An-Nawawi.)

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya". (H/R Riwayat Turmizi.)

Para ulama Salaf as-Soleh keseluruhannya mengharamkan umat Islam dari menghina, mencela dan memburuk-burukkan para pemimpin, pemerintah atau penguasa Islam: "Dari jalur Yahya bin Yaman, Sufyan telah menceritakan kepada kami dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik radiallahu 'anhu dia berkata: Para pembesar dari kalangan sahabat Rasulullah telah melarang kami mencela/menghina penguasa (pemerintah)". (H/R Ibnu Abdil Barr 21/287. At-Tamhid.)



Menurut mereka, hanya pemimpin Islam yang berhukum dengan hukum syara sahaja wajib ditaati dan jika tidak berhukum dengan hukum Allah dan berlaku zalim maka tidak wajib ditaati. Ini adalah prasangka yang silap dan batil, kerana menurut hadis sahih, athar dan fatwa para ulama muktabar menunjukkan keumuman pemimpin walaupun tidak berhukum dengan hukum Islam, zalim dan kejam, kerana syarat utama pemimpin yang dimaksudkan oleh hadis-hadis sahih ialah beragama Islam, bersolat dan berdaulat (dipilih secara sah), maka ia wajib ditaati oleh sekalian rakyatnya. Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu". (H/R Bukhari dan Muslim.)


"Dari Wail radiallahu 'anhu berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan". (H/R Muslim, 1846)

Dari Abdullah bin Masoud radiallahu 'anhu berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda:

"Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu". (H/R Bukhari 13/5. Muslim 3/1472)

Imam Nawawi berkata tentang hadis di atas ini:

"Dalam hadis ini terdapat suatu perintah supaya mendengar dan taat, walaupun Si penguasa zalim dan kejam. Hak untuk ditaati tetap wajib dijunjung, tidak boleh memberontak kepadanya. Bahkan semestinya tetap bertakarrub dan berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kejahatannya dan menolak keburukannya". (Syarah Muslim 12/232. An-Nawawi)

Ibnu Allan rahimahullah pula berkata:

"Pada hadis ini ada perintah supaya bersabar menghadapi takdir Allah dan redha atas ketetapan yang manis atau yang pahit, serta pasrah terhadap kehendak Allah Subhanahu wa-Ta'ala yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana". (Lihat: Dalil Ghalihin)

Pemimpin, penguasa atau pemerintah wajib ditaati kecuali setelah terbukti ia melakukan kufur yang nyata.


SAHABATKU, MARILAH KITA SAMA-SAMA BERFIKIR DENGAN JIWA YANG TENANG

Petikan dari youtube

No comments:

Post a Comment