Tuesday, 29 March 2011

MASIHKAH KAU INGAT!!!! AMANAT HAJI HADI




Masihkah kau ingat  pada amanat yang dibuat di banggol peradong pada tahun 7 April 1981.

Masihkah kau ingat kerana amanat inilah habis porak peranda perpaduan antara orang melayu islam di Terengganu? Sehingga suami isteri bergaduh dalam satu rumah, penyokong PAS tidak makan sembelihan orang UMNO,  suatu pertunangan diputuskan, seorang anak menderhaka kepada ibubapanya dan berbagai lagi kejadian yang tidak sepatutnya berlaku. Yang paling sedih apabila berlaku sembahyang 2 imam dalam satu masjid.


Angin masih ingat kerana amanat inilah arwah bapa saudara angin tidak membenarkan anaknya (sepupu angin) datang ke rumah sepupunya. Kerana amanat inilah hubungan keluarga kami menjadi renggang disebabkan arwah memang seorang penyokong "kronik" PAS.

Namun angin terfikir juga apakah Haji Hadi tak makan ayam yang dibeli dari pasar ketika itu. Kalau makan, Haji Hadi tahu ke ayam tu di sembelih oleh siapa? atau apakah Haji Hadi sendiri tidak hadir ke undangan majlis perkhawinan orang UMNO?? Kalau tak hadir maknanya Haji Hadi sudah tidak melakukan satu tuntutan dalam ISLAM iaitu menghadiri undangan sesama ISLAM???
Sebagai contoh PAS suatu ketika berceramah dan membuat kempen supaya tidak boikot UTUSAN MALAYSIA, tetapi angin masih ingat ketika berkempen di Merlimau, Haji Hadi membaca UTUSAN MALAYSIA DI KHALAYAK RAMAI!!!
Tengok betul-betul Haji Hadi baca surat khabar apa????
Itulah salah satu contoh bagaimana pemimpin PAS ini membodoh-bodohkan pengikutnya. Mungkin mereka tidak sedar ini semua, mereka tidak sedar mereka ditipu "buta". Kerana tidak mahu penyokong mendapat informasi sebenar, mereka sanggup buat kempen supaya boikot.
Kita berbalik kepada Amanat Haji Hadi, sekali fikir betapa besarnya dosa seorang manusia memutuskan perhubungan sesama ISLAM. Bagaimana dengan amanat ini?? Sucikah Haji Hadi??

Sekejap tadi angin bertemu seorang sahabat. Beliau mendedahkan bahawa beliau ada bukti bagaimana ketika PAS memerintah Terengganu hampir RM1JUTA dilarikan oleh pemimpin PAS macam tu sahaja. Angin akan cuba mendapatkan bukti tersebut kita tunggu saja..sampai masa mesti dapat...
Akhirnya marilah sama-sama renung, apakah PAS begitu suci?? atau hanya sekadar sebuah parti untuk mengenyangkan perut sendiri. Buktinya ditempat angin, MPnya PAS, 3 DUN dimenangi PAS tapi habuk pun tarak!! Setiap bulan mereka "masyuk" tapi penyokong apa dapat? kenapa ditipu dengan perkataan "jihad" dan 'ISLAM"???...tapi akhirnya mereka kenyang... rakyat yang menyokong???? macam lagu yang disebut sahabt tadi....angin tujukan khas pada penyokong PAS yang mengeluarkan peluh sampai ke celah "telur"
"TEPUK AMAI-AMAI, BELALANG KUPU-KUPU, PENYOKONG PAS KERJA RAMAI-RAMAI, YB PAS BUAT RUMAH BATU"


No comments:

Post a Comment