“TIDURLAH” MENJADI LAGU PENGHARGAAN BUAT ANGGOTA POLIS YANG TERKORBAN
Sebuah lagu yang diberikan tajuk “Tidurlah” menjadi lagu penghargaan yang ditujukan buat anggota polis yang terkorban di Sabah.
Difahamkan bahawa lagu itu merupakan nyanyian seorang peguam dari Kota Kinabalu bernama Josephine Hadikusumo dan disebarkan melalui laman YouTube. Beliau kini tinggal di Singapura dan merakamkan lagu tersebut dengan iringan mainan piano oleh dirinya sendiri untuk ditujukan kepada pasukan keselamatan negara yang berkhidmat di Sabah.
Video lagu tersebut sudah dimuatnaik ke dalam YouTube pada 2 Mac lalu dan kini telah disaksikan oleh lebih 42 ribu penonton.
Beliau yang ditemui pihak media di Singapura mendakwa lagu itu dikarang dan direka untuk menyedarkan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan fahaman politik yang ekstrem dan kembali bersatu bagi menjaga keamanan negara dan menyokong pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara. – Guang Ming Daily
No comments:
Post a Comment