Monday 14 March 2011

TAHNIAH!!!! REBRANDING BERANI BERUBAH KUALA TERENGGANU

Sekalung Tahniah Buat Sahabat-Sahabat  Kuala Terengganu yang telah meremajakan BERANI BERUBAH




BUAT SAHABAT BERANI 
BERUBAH...

Kita bukan menentang sesiapa,
kita tidak melawan sesiapa,
kita bangkit atas kesedaran ,
wang ringgit bukan nilaii sebuah harga diri,
bukan harga sebuah perjuangan,
kita bangkit bukan kerana nama.
Juga bukan kerana harta benda.
Di sini bumi yang kita pijak,
disini juga langit yang kita junjung.
Di sini kita di lahir ibu mengenali dunia,
mungkin di sini jua pusara kita.

Kelak anak cucu penyambung warisan,
masih sempat melihat tempat kita bergurau senda
berterima kasih menguntum senyum
kerana inilah ayah bonda

yang mewariskan sebuah istana
untuk hidup aman bahagia,
Masih mampu menadah tangan
mengucap syukur kepada ALLAH.....

Terlalu kotor dakyah mereka,
pada sebuah parti berjasa,
sedangkan mereka menghirup udara nyaman,
kerana parti keramat inilah,
walau mereka juga sebangsa dengan kita
juga sama agama,
mungkin kerana segala selesa,
mereka lupa mengatur syukur....

Datuk nenek pernah bersatu
yang buta datang bertongkat,
yang capek datang berpimpinan,
dengan suatu semangat yang jitu,
sehingga hancur sebuah kuasa,
yang cuba menawan tanah air kita.....
Bangkitlah sahabat,
kejutkan mereka dari mimpi

kerana realiti telah hampir pasti,
semangat kita jangan pudar
kerana tanah ini milik kita.....

Di tanah bertuah ini kita telah mulakan langkah,
jangan kita takut walau tsunami,
datang menjengah,
bukan perjuangan namanya,
jika kita tidak BERANI BERUBAH.
Hanya dengan kudrat, tangan dan minda
kita bersatu dalam gempa suara
nyalakan semula api semangat
kerana di tangan kita, ada kuasa...
demi membela AGAMA, BANGSA dan TANAHAIR tercinta.....


1 comment:

  1. Saya Perjuangan..

    SAYA amat tertarik dengan penulisan blog anda yang ternyata ada kualiti yang tersendiri.

    Ianya juga memberi peransang buat saya untuk memantapkan lagi penulisan saya.

    SYABAS saya ucapkan buat anda kerana berjaya mengendalikan blog ini dengan begitu mantap.

    Saya telah linkkan blog anda dalam senarai blog pilihan di blog saya agar pengunjung blog saya dpat bkongsi penulisan anda.

    Sekian, Salam Kasih ikhlas dari,


    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat

    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete