Monday 4 March 2013

ARTIKEL-ARTIKEL TERBARU LAHAD DATU

Salam buat semua....


2 hari Angin tak update kerana berada di luar kawasan.... tapi Angin sentiasa mengikuti perkembangan yang berlaku di Lahad Datu.

Kita disajikan dengan berbagai versi cerita tentang kejadian di sana. Kadang-kadang segala yang disajikan itu membuatkan pembaca menjadi keliru.

Angin berharap semua pembaca Angin dapat meneliti segala berita yang dibaca kerana mungkin ada orang yang mengambil kesempatan atas apa yang berlaku.

Walau apa pun, marilah kita sama-sama berdoa semoga apa yang berlaku tidak berlarutan dan cepat-cepat selesai.

Marilah juga kita sedekahkan Al Fatihah buat semua wira-wira negara yang telah kembali ke rahmatullah demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara yang tercinta.

Untuk mendapatkan berita tentang Lahad Datu... kawan-kawan pembaca bolehlah masuk ke Terengganutoday.com

No comments:

Post a Comment