Wednesday 20 March 2013

ISU TUNTUTAN ROYALTI : KURANG AJAR!!! MEREKA KATA MAT SAID BANGSAT!!!!

Salam buat semua....


Jika di Dataran Merdeka mahasiswa berkhemah bagi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN, Di Terengganu pula mereka berkhemah kononnya untuk mendesak kerajaan mengembalikan royalti. Maka keluarlah banner mengutuk pemimpin UMNO negeri Terengganu.

Bermula pada lebih kurang jam 9.00 malam tadi sekumpulan anak muda mula berkumpul di dataran air pancut, jalan sultan ismail, bersebelahan  Stadium Nasaruddin Shah.


Mereka mendirikan 3 khemah, ada diantaranya yang ditampal dengan banner huruf "R" yang bermaksud Royalti.

Lebih kurang jam 2.00 pagi, Angin mendapat berita sekumpulan anak muda yang tidak bersetuju dengan perbuatan mereka telah berkumpul di hadapan wisma darul iman. Mereka marah dengan taktik kotor pembangkang. Namun ketika pertemua dengan jurucakap kumpulan berkhemah, mereka setuju untuk menurunkan banner yang mengutuk Y.A.B Menteri Besar Terengganu.

Apa yang berlaku sebenarnya pada Angin adalah helah untuk memberi semangat kepada  orang atas pagar, apabila mereka memalui jalan itu, pastinya akan menarik minat mereka untuk tahu apa yang berlaku, senanglah bagi mereka untuk masuk jarum. maka akan timbul rasa kasihan kepada mereka dan seterusnya akan membawa cerita ke kedai-kedai kopi.

Yang pasti PAS tahu kini mereka tidak dapat sokongan rakyat. Buktinya dibeberapa ceramah yang dianjur pihak PAS tidak mendapat sambutan.

Seperti yang pernah berlaku sebelum pru 12 yang lalu iaitu pada  September 2007, satu kejadian rusuhan berlaku di Jalan Sultan Mahmud di mana hampir 750 orang penyokong parti PAS membuat rusuhan kerana tidak  berpuas hati sebab tidak diberi permit untuk mengadakan ceramah. 


Di malam itulah ada kejadian membakar bendera jalur gemilang yang menjadi isu hangat seluruh Malaysia.


Mereka menjaja gambar-gambar  mangsa yang terkena tembakan dalam rusuhan tersebut. Itulah yang mereka mahu sebenarnya. Mereka mahu timbulkan rasa kebencian kepada kerajaan. Mereka akan kata "Polis Anjing Kerajaan" dan macam-macam kata kesat lain untuk menarik pengundi.


Lihat saja perbualan dalam FB antara orang-orang PAS  di atas. Mereka susun program untuk turun kejalan raya. Mereka mahu mendapat perhatian dari takyat. Mereka mahu simpati dari rakyat.


Namun ALLAH maha mengetahui, niat mereka pastinya tidak akan direstui. Buktinya pada pagi tadi mereka menggerakkan gelombang hitam putih bermaksud royalti Terengganu. Dikatakan ada lebih kurang 500 -800 orang sahaja yang hadir.

Rakyat telah tahu propaganda murahan mereka. Rakyat telah muak sebenarnya. PAS kini terkuak-kuak mencari cara baru bagi menarik rakyat bersama mereka.




Namun seperti biasa mereka akan membawa anak-anak kecil untuk meraih simpati rakyat. Mereka tidak pernah serik dengan amaran pihak berkuasa supaya tidak membawa kanak-kanak dalam program jalanan seperti ini.


Semoga rakyat Terengganu sedar akan propaganda murah yang cuba dimainkan oleh PAS dalam keadaan parti mereka nyawa-nyawa ikan sekarang ini.

Ini bukan cara kita, Ini adalah cara orang terdesak. Marilah bersama kita memilih untuk keamanan. Pilihlah Barisan Nasional.

Angin akan komen lagi pasal isu ini...nanti Angin masukkan sekali video kejadian pada Sept 2007 yang lalu.... 

1 comment: