Thursday, 14 March 2013

KATAK DALAM BN YANG AKAN MELOMPAT KE PAKATAN RAKYAT LEPAS PRU13

Kelmarin berlaku satu perjumpaan sulit diantara Anwar dan beberapa Ahli Parlimen BN dan juga ahli Parlimen Bebas yang pernah keluar dari pakatan pembangkang. Perjumpaan yang dibuat secara tertutup ini berjalan hampir 3 jam di Kuala Lumpur.


Anwar menawarkan kepada beberapa ahli parlimen ini RM10 juta setiap seorang untuk lompat parti selepas PRu13. Menurut sumber Pisau , Anwar sedar  PRU13 nanti pakatan tidak mampu menang berdasarkan rating beliau dan pengaruh persepsi terhadap pembangkan jatuh menjunam. Maka sebagai langkah persediaan Anwar telah merangka beberapa strategi yang pasti akan mengejutkan negara.

Semasa perbincangan tersebut berlangsung dengan mesra sekali kerana dikalangan mereka yang hadir adalah rakan lama Anwar dan juga pernah menjadi wakil rakyat pembangkang. Tawaran yang diberikan cukup besar dan mampu mengelapkan mata apatah lagi segelintir yang hadir memang diketahui punyai masaalah kewangan.

Separuh dibayar selepas penamaan calon dan separuh lagi akan dibayar selepas pengumuman lompat parti. Itulah syaratnya,perkiraan yang dibuat Anwar hanya mahu majoriti mudah untuk mengambil alih Putrajaya maka perjumpaan yang dihadiri oleh ahli parlimen ini menurut sumber adalah diperingkat fasa ke 3 setelah beliau turut mengadakan rundingan di Sabah dan Sarawak.
Baca seterusnya di Apple Biru


No comments:

Post a Comment