Tuesday, 5 March 2013

LAGI BLOG PEMBANGKANG MENGHINA PAHLAWAN YANG SYAHID DI LAHAD DATU

"Allahyarham sememangnya seorang yang baik. Mengenalinya semasa bertugas di piliharaya kecil Labis 2011. Sempat menghantar tiga ekor ayam untuk dimasak lemak cili api oleh isteri saya. Seronok bila Allahyarham dan rakan-rakan bersila di tikar dibawah pohon ceri dilaman rumah menikmatinya. Semoga Allahyarham dan para pejuang lain dicucuri rahmat Allah. "

Bila baca komen seorang pembaca blog Angin... Angin merasakan betapa ramai yang kagum dan bangga pada semua pahlawan negara yang telah pergi meninggalkan kita kerana terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Lahad Datu.

Bekas ketua polis juga berpendapat bahawa pahlawan yang terkorban itu adalah syahid. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar semalam.


Namun hari ini, angin terkejut bila membaca satu blog pro pembangkang yang seolah-olah menghina pahlawan yang terkorban itu. Diletaknya gambar seekor anjing didalam artikel tersebut. Antara ayat yaang digunakan adalah

"Dalam hal ini, memang kelihatan jelas semua mayat-mayat tersebut disempurnakan seperti kematian biasa dan itu sahaja bukti jelas bahawa mereka bukan mati syahid!!

Ustaz Azhar juga merujukkan kami kepada Peristiwa Memali pada 1985 bila 13 dari 14 penyokong Ibrahim Libya yang terbunuh dalam serangan pasukan polis pada waktu itu, dikebumikan begitu sahaja, dengan pakaian yang masih merah dengan darah.  Itu menurutnya baru menepati kriteria mati syahid yang sebenarnya."

Baca sendirilah kat  SINI

Kadang-kadang Angin rasa penulis blog tersebut macam tak betul. Macam tak ada perasaan. Entah ayat quran mana yang digunakan sebagai rujukan. Entah pondok mana tempat tok guru dia belajar.

Memang sakit hati... memang melampu puak gila ni... menulis ikit sedap hati je.

Kepada semua pembaca Angin, marilah kita sama sama sedekah Alfahihah untuk semua pahlawan kita yang gugur syahid itu.

ALFATIHAH....


No comments:

Post a Comment