Sunday, 10 March 2013

LAHAD DATU: CUBAAN HARAMKAH SELAMATKAN ANWAR TIDAK MENJADI??



Pencerobohan penganas Kesultanan Sulu ke atas Sabah telah dikaitan dengan pihak pembangkang Malaysia.  Menurut Presiden Jaringan Cina Malaysia Ng Lam Yong , beliau telah menerima e-mail dari sahabatnya di Malina yang menyebut  SUARAM  iaitu NGO dari Malaysia  telah membiayai pencerobohan tersebut.
 
“Saya terima email dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan email itu memberitahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia, Ngo itu ialah SUARAM”

Ng Lam Yong seterunsya menegaskan bahawa Anwar adalah orang yang berada di belakang Suaram. Sebelum itu  agensi berita antarabangsa Reuters telah melaporkan bahawa wujud campurtangan dari beberapa pihak dari dalam negara kita sendiri, iaitu pemimpin pembangkang yang didakwa cukup rapat dengan Anwar Ibrahim.

Tidak cukup dengan itu, Manila Post pula memetik laporan yang dipercayai bersumberkan perisikan negara itu, bahawa memang terdapat “tangan ghaib” yang menghasut kumpulan penceroboh berkenaan. Selari dengan sumber oleh Reuters, Manila Post menyiarkan berita bahawa kem Anwar mempunyai kaitan dengan perkara ini.

 

Walaupun  Harakah keluaran 8 – 10 Mac 2013 telah melaporkan penafian Kesultanan Sulu bahawa pembangkang terlibat, namun rakyat sebenarnya lebih cerdik dalam menilai sesuatu berita. Apalagi apabila Anwar dikatakan telah mengugut wartawan yang bertanyakan soalan mengapa beliau tidak menyaman Reuters dan Manila Post.

“U ulang. I saman U” itulah jawapan Anwar yang tidak menjawap soalan wartawan. Beliau dilihat begitu marah dengan soalan yang diajukan oleh wartwan tersebut.

Sebelumnya Anwar dilaporkan telah menyaman Utusan dan TV3 yang  memetik laporan yang dibuat oleh Agensi berita antarabangsa Reuters dan Manila Post. Anwar sebaliknya tidak berani untuk menyaman Agensi berita antarabangsa tersebut atau setidaknya menyaman Presiden Jaringan Cina Malaysia yang terang-terang mengaitkan beliau dengan Suaram.

Terengganu Today merasakan bahawa sudah sampai masanya rakyat membuka mata, melapangkan fikiran untuk membuat pilihan yang tepat kerana telah banyak bukti yang mennjukkan tingkah laku pembangkang yangsemakin terdesak sejak akhir-akhir ini. Apalagi dengan keceluparan Naib Presiden PKR Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan yang telah menyinggung banyak pihak.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja demi mencapai cita-cita mereka untuk “menakluk” Putrajaya. Jangan terkejut sekiranya tiba-tiba ada orang yang berani membuat sumpah laknat demi untuk menunjukkan kononnya beliau tidak bersalah.

sumber : Terengganu Today

No comments:

Post a Comment