Seorang lelaki bernama Mohd Fareez Kamal Intidzam bakal mencetuskan
kontroversi terbaru berkenaan skandal sulit bersama Anwar Ibrahim
apabila beliau dipercayai menulis surat kepada Presiden PAS, TG Datuk
Seri Abdul Hadi Awang pada Isnin lalu.
Surat yang ditulis tangan itu antara lain mendakwa bahawa beliau ‘rapat’ dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kononnya menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah Anwar berasa cemburu akan hubungan mereka.
Dalam surat itu, Mohd Fareez mendakwa Anwar melantiknya sebagai Pegawai Diplomat Sulit Antarabangsa sejak tahun 2008 kerana hubungan yang rapat tersebut. Selain itu, beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin.
Surat yang dihantar kepada Presiden PAS itu bertujuan mahu meminta campur tangan Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah supaya berundur daripada parti sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
Dakwa Mohd Fareez , pengunduran Wan Azizah dapat menyelamatkan pilihan raya daripada sikap negatif Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah.
Berikutan penulisan surat itu, beliau telah membuat laporan polis kononnya bimbang dia akan menerima ancaman keselamatan daripada pengikut-pengikut Presiden PKR.
Sambil mengesahkan dirinya sebagai penulis surat tersebut, Mohd Fareez mengulangi dakwaannya bahawa ancaman keselamatan terhadap dirinya datang daripada pengikut setia Wan Azizah.
“Saya kenal mereka, sebab saya sudah lama dalam PKR,” katanya seperti didalam Buletin Utama, TV3 malam tadi.
Mohd Fareez turut mengulangi kata-kata yang terkandung dalam surat itu bahawa Wan Azizah dan anaknya, Nurul Izzah cemburu akan hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim.

sumber : sini
No comments:
Post a Comment