Saturday, 9 March 2013

LAHAD DATU: DOA SEORANG KETUA POLIS NEGARA

 

Doa Seorang Ketua Polis Negara...

Doa Seorang Ketua Polis Negara…

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul.
 
Itulah yang ditanggung Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar…setiap hari seluruh warga menunggu berita daripada beliau mengenai perkembangan pencerobohan di negeri Sabah.

Namun sebagai pegawai nombor satu di medan, ia bukanlah satu perkara yang mudah.

Selama beliau diberi amanat tersebut, Ismail bukan saja dilihat mengumumkan jumlah penceroboh yang terkorban, tetapi terpaksa juga mengumumkan pegawai dan anggotanya yang telah gugur di medan pertempuran.

Dalam usia yang sebegini, ia bukan satu perkara mudah namun demi agama, bangsa dan negara tercinta, beliau tidak ada pilihan lain.

Alhamdulillah, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain dilihat sentiasa bersama beliau dalam menghadapi saat-saat sukar begini.

Kita percaya semua rakyat Malaysia juga bersama beliau, menaruh kepercayaan kepada Ismail dan kepimpinannya untuk menghapuskan musuh dan petualang negara.

549984_572589256084719_877851547_n
Semoga doa Ismail dan doa kita semua dimakbulkan Allah…Allahu Akbar!




883741_572588919418086_2059668589_o

Semoga doa Ismail dan doa kita semua dimakbulkan Allah…Allahu Akbar!

2 comments:

  1. Yang kaki kondem KDN dn KPN boleh lah berlagak cakap pandai...perasan bagus sbb dok perang depan screen aje...
    Pergi lah berdepan...

    Al-Fatihah buat Perwira Negara yg gugur...
    Tabik hormat dan Salam Perjuangan buat semua dalam mempertahankan kedaulatan Agama,Bangsa dan Negara.

    ReplyDelete
  2. Buat kaki kondem KDN dan KPN...boleh lah berlagak macam terer sangat...
    Mari lah kita bersatu hati menghadapi PRU ni..

    Al-Fatehah buat Perwira Negara yg gugur..
    Jasa kalian tak terbalas hingga ke akhir hayat...

    Tabik Hormat dan Salam Perjuangan buat semua yang terlibat dalam memartabat kedaulatan Agama,Bangsa dan Negara..

    Say No To PR.!!!

    ReplyDelete