Saturday 9 March 2013

LAHAD DATU : SAYU - TANGISAN BALU BELUM REDA



SAYU … Balu Asisten Superintendan Zulkifli Mamat, Noor Aziah Noor, 28, (kiri) ditenteramkan oleh kakak iparnya Aishah Mamat selepas tidak dapat mengawal kesedihannya ketika menziarahi kubur suaminya di Tanah Perkuburan, Kampung Gong Bayor di Besut hari ini.
 
Noor Aziah pulang ke Ipoh, Perak hari ini bersama anak-anaknya Noor Aqma Amiruddin, 5, dan Noor Mohamad Akhir, setahun serta ibu mentuanya, Khatijah Ismail selepas mengambil cuti selama seminggu bagi menguruskan jenazah suaminya yang juga Polis Komando VAT69, yang terkorban dalam serangan kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah.

No comments:

Post a Comment