Saturday, 16 March 2013

MEMALUKAN MALAYSIA: PEMANDU TEKSI DIBURU KERANA MEROGOL PELANCONG



Seorang wanita warga Amerika, 25 tahun melalui detik ngeri apabila beliau bukan sahaja diculik, dirompak, malah dirogol secara bergilir-gilir oleh dua orang lelaki dimana salah seorangnya adalah pemandu teksi.

Perbuatan pemandu teksi dan temannya telah mencemarkan nama baik Malaysia sebagai destinasi pelancongan pilihan pelancong asing. Mereka juga telah menimbulkan satu perspektif negatif kepada pengguna perkhidmatan awam.

Pihak-pihak yang berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Jabatan Polis sendiri misalnya wajib mengenakan syarat-syarat yang lebih ketat sebelum seseorang pemandu pengangkutan awam diberikan lesen.

Penapisan jenayah misalnya mungkin boleh dilakukan sebelum seseorang dibenarkan bekerja, selain pemeriksaan kesihatan yang kini sedang dipraktikan oleh kebanyakkan organisasi.

Kamera litar tertutup juga hendaklah diperbanyakkan di tempat-tempat menunggu pengangkutan awam. Sebagai contoh, di Singapura, kebanyakkan tempat menunggu teksi dan basnya dilengkapi dengan cctv. Jadi setiap teksi dan bas yang melalui hentian tersebut pasti direkodkan nombor pendaftarannya.

Baca seterusnya di Sini

No comments:

Post a Comment