Saturday, 16 March 2013
NAJIB TIDAK LAYAK KRITIK PAS... HANYA NIK AZIZ BOLEH APA SAJA...
KOTA BHARU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak layak menghukum kononnya Pakatan Rakyat (PR) melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini, sebagaimana diumumkan beliau di Tanah Merah semalam.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) yang tidak setuju dengan pendirian perdana menteri itu berkata, tujuh dosa besar digariskan berkenaan tidak selayaknya ditaburkan terhadap PR daripada mulut pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) itu.
“Dia (Najib) tidak layak menentukan hukuman dosa atau pahala. Apatah lagi menghukum PR melakukan dosa besar. Dosa hanya ALLAH yang tentukannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tujuh dosa besar yang digariskan perdana menteri ketika lawatannya semalam, di pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah 1.
Antara dosa yang dinyatakan ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan dan mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
Baca seterusnya di Terengganu Today
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment